Aduyai Kawanku .. ~

Wednesday, 25 January 2012

Pembunuhan Satu Malam (Buat Jahat Dibalas Kematian) 1


“Saya berharap anda semua dapat bekerjasama untuk menyediakan khemah nanti..Elisa dan Adrian,nanti bagitau kat cikgu kalau perlukan apa2 yer…”,kata Cikgu Hafiz sambil memerhatikan gelagat anak muridnya yang begitu teliti mendirikan khemah…Tanpa arahan,mereka segera merobek beg khemah dengan rakusnya..Cikgu Hafiz ketawa melihat gelagat Roy dan Sollehin mengacau Heizan yang terkial-kial mendirikan khemah…Tidak lama kemudian,Cikgu Hafiz mengedarkan kertas pemberitahuan kumpulan yang bertugas semasa perkhemahan itu…Sedang mereka menguruskan hal masing2,tiba2 Heizan ternampak lembaga hitam di sebalik pokok berdekatan tandas..Di legar fikirannya memikirkan siapa yang memandang mereka dengan muka yang marah…Tiba-tiba, “HHHHHEEEIIIIZZZAAAANNNN…”,terjah Roy dari belakang…Namun reaksi Heizan seolah-olah tidak mengendahkan tindakan Roy..Roy pelik melihat Heizan yang hanya membisukan diri.. “Jan,kau pahal nie..Bisu jer..Macam di sampuk hantu,”seloroh Roy..Heizan terus beredar dari situ tanpa menjawab soalan Roy… 


“Salam sejahtera semua..Tujuan cikgu mengadakan aktiviti perkhemahan ini ialah memupuk sifat kepimpinan,saling bantu membantu,bertoleransi dan berani menghadapi cabaran..All the best for you..”,nasihat pengetua…Semua bertepuk tangan termasuk Cikgu Hafiz.. “Ok,semua..Cikgu nak balik dulu..Kalau ada apa2,maklumkan pada Elisa..Nanti,Elisa telefon cikgu..”,kata Ckgu Hafiz.. “Pukul berapa cikgu datang balik sini lagi,” tanya Susianti…Norazam menjeling Zulaikha sambil berkata, “ Ehemm…Pa gik Nai yha..” “Entahlah…Mungkin Cikgu datang lewat kot…” “Ye lha tu… Kalau kami dah takde nanti,barulah cikgu nak datang…Entah2 kami semua nie dah jadi mayat terbiar ..”jawab Fatin dengan nada merajuk… “Ish,kau nie…Mulut yar jangan lazer tau…”,kata Elisa dengan nada marah… “Dah2..Cikgu nak balik nie…Bye semua,”kata Cikgu Hafiz sambil beredar dari situ…
Jam menujukkan 6 petang..Matahari mula melabuh tirainya…Burung2 terbang pulang ke sarang masing2… Suasana menjadi sepi seketika tetapi menjadi riuh dengan suara2 pelajar perempuan di bilik bahasa cina yang terletak blok kemahiran hidup…Deffeny dan Grace sibuk mengemaskan meja selepas makan malam manakala Susianti,Fatin,Emelda,Jollina mencuci pinggan dan cawan yang telah digunakan..Zulaikha pula menyibukkan dirinya mengumpul pinggan dan mangkuk untuk diberikan kepada rakan bertugas..Di sebalik itu,pelajar lelaki pula dibahagikan dua kumpulan..Kumpulan pertama iaitu Roy,Sollehin,How Chuang,Elisa dan Adrian..Manakala kumpulan kedua iaitu Heizan,Norazam dan Tiew Sien..Mereka mengumpul sampah untuk dibakarkan di sekitar khemah..Tanpa disedari,lembaga hitam itu terus memerhatikan setiap gerak geri mereka dengan wajah bengis..
                                                                >>>><<<<<


Di satu sudut yang agak gelap,kelihatan tiga gadis sedang berjalan perlahan.. Salah seorang dari mereka sedang makan kerepek..Manakala dua orang lagi sibuk melayan sms yang dihantar.. “hrmm…aku rasa si A’am dan Zue tak suka dengan aku lah..” “Ish..kau nie Nai..pahal kau fikir camtu pulak?”,sampuk Jollina..Emelda terus berhenti mengunyah makanan dan perhatiannya tertumpu pada perbualan dua sahabatnya.. “Ye lah..Korang tengoklah,bila aku cakap dengan cikgu jer..Mereka buat muka buruk…Ish,aku tak suka lah..”,jawab Susianti.. “Alah,kau nie..janganlah sensitif sangat..Gpun,diorang tu memang macam tu..Perangai pelik2 tapi baik..” “Haa..betul cakap Edue tu..Tak payah nak fikir sangat..Cikgu Hafiz dah pesan yang kita nie datang berkhemah supaya dapat mengeratkan hubungan….” “SSSSSSSSUUUUUUSSSIIIIAANNNNTTTTIIIII…..SSSSSUUUUUAAANNNNTTTTIIIIIII…” tiba2,Susianti mendengar namanya disebut..Dia menoleh ke belakang..Dia ternampak seseorang berlari menuju ke lorong kantin..Tanpa disedari,Jollina dan Emelda meninggalkan Susianti seorang diri..Berbekalkan keberanian di dada,Susianti melangkah menuju ke kantin..Dia menyuluh sekitar kantin menggunakan lampu suluh namun tiada seorang pun yang berada di situ..Paannggg!!!!Satu pukulan yang kuat dari belakang..Susianti jatuh tersungkur berdekatan tangga..Matanya samar2 memandang lembaga hitam berbadan sasa di hadapannya..Belum sempat meminta pertolongan,satu pukulan besi menimpa kepalanya…Darah terpercik di dinding..Kepala Susianti pecah dan lembaga hitam itu mengheret badannya sambil ketawa sinis..


BERSAMBUNG ........