Aduyai Kawanku .. ~

Thursday 12 April 2012

.. Layan2 lagu nie.. <3 ..


Sakura -Adira

Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depanku
Kau mengajarku ia mekar
Segelintir detik sahaja...

Masihku ingat sedih teramat
Tak mengerti ia pergi...
Hidup terindah bersudahnya ringkas
Musim yang berubah begitulah...

Kisah di pohon sakura
Kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya berakhir...

Mengapa...mengapa ku di sini
Berapa...berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya...

Siapa...siapa yang memanggil
Di manakah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini...

Katamu aku curang padamu
Tak berhati mungkir janji
Memang hidupku tercipta untukmu
Hanya seketika sementara...

Pastinya bagai sakura
Janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu berakhir...

Sakitnya menerima nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah
Dunia yang berbeza
Walau depan mata kau
Tak dapat lihatku sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi
Yang kau temui alam ini

Mengapa...mengapa ku di sini
Berapa...berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya...
Siapa...siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini...

Cerita aku..

Salam semua... Ape kbar dunia blog?? hehehe...

Masih di alam realiti, aku masih rindukan nak berblog di sini.. so far, aku memang bz dengan tugasan sekolah yang patut aku settlekan..hehehe....
Dalam kesibukan tu, aku dapat mencorak segala citer kehidupan.. hurmm...

^^ ... ~ Love story ~

Dalam kebingungan.. aku menemui cinta .. waahh... menamatkan zaman bujang jer.. hihihi.. tak sangka dia memanggil aku dengan nama manja .. rupa2nya dia mengambil serius menjadi kapel aku.. OMG!! aku terima cintanya jua.. Selama kami kapel, memang bahagia lha.. Dia caring.. aku hargai semua yha.. namun, mungkin dia bukan jodohku.. kami berpisah dengan usia hubungan 4 hari.. hurmm.. aku melepaskannya sebab2 tertentu.. aku redha... namun, aku sangkakan dia menerima maafku dan kebenaran.. namun ditepis semuanya.. air mata nie gugur di pipi.. aku tabah.. aku doakan semoga dia bisa menerima semuanya...

^^ ... ~ Tekad.. Niat di jiwa ~

Aku semakin bingung lha.. Bayangkan, aku dihantui dengan STPM.. OMG!! ibarat menjerat leher aku.. Aku nak melangkah kaki di U.. tak mungkin impian aku dipersiakan.. So, dengan lafaz Bismillah.. Kemugkinan aku akan STOP berFB dan berBlog buat masa ini.. Insya Allah, aku akan isytiharkan bila aku nak STOP.. aku akan maklumkan kepada anda semua.. :) demi kebaikan dan masa depan aku juga.. terpaksa aku berrkorban.. huhuhuhu...

^^ ... ~ Kemuncak di ambang realiti ~

Alhamdulillah... Sekarang, aku sibuk menyiapkan satu pelan terbesar sempena Hari Guru peringkat sekolah yang dianjurkan Lembaga Pemimpin Pelajar 201/12.. inilah satu majlis yang mempunyai cabaran besar.. kerana kamilah yang akan organise semuanya.. berdasarkan proposal dirancang, aku cuba nak segala dirancang menjadi kenyataan.. dari pengundian bagi 4 anugerah disediakan hinggalah ke belakang tabir.. semuanya tersusun rapi bagi menghasilkan yang terbaik.. ini merupakan hadiah teristimewa dan terakhir dari kami.. Doakan kami agar dapat merealisasikan impian nie.. Aminnn... <3 Insya Allah, hasilnya nanti akan aku kongsikan buat korang....

^^ ....~ Teruskan perjuangan ~

Dugaan datang lagi... Ya, kala aku penat mendaki, ada jer yang saja nak suruh aku turun balik.. Kawan2 sibuk nak hebohkan pasal nak suruh apply maktab ler.. aduhh... rasa menyesal tumbuh di minda nie... ibarat labah2 menyiarap di kaki jer.. saja nak psiko aku... hurmmm... malam tu, aku bertenang.. aku cuba fokuskan tujuan asal aku.. aku nak belajar di U.. aku nak ambil bidang yang aku nak... malam tu, aku berdoa dan tidur supaya semua tu hanyalah mimpi sahaja.. takkan aku nak patah balik bila aku berada di landasan sekarang?? aku harus teruskan perjauangan nie sehingga habis-habisan.. ini janji aku... <3

^^ ... ~ Kau hadir kala aku terluka~

Masa aku dalam kebingungan lepas aku break off.. seorang insan nie hadir dalam hidup aku.. Dia nie yang selalu bagi aku sokongan.. Aku lega sebab ada masih yang sanggup menyokong aku dalam aku masih terluka.. Dia banyak share problem denganku dan begitu aku.. Dalam masa itu, aku dan dia cuba mengenali diri masing2.. Aku selesa berkawan dengan dia... Hope kamu still bersama di sisi ini.. <3 thankz..

# Tu jer aku dapat share kat korang... Harap kita sama2 dapat menjalani kehidupan kita dengan hati yang gembira... "To be successful in love, u must success in education and life management.. " #

Saturday 31 March 2012

JOm baca..

Sempena April... baca yer..


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.

Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakah april fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Sumber : Ar-Rifke

MTAQ ..

Salam semua.. Wahh.. penat betul aku hari nie.. ehehe.. sorry, lupa nak bagitau kat blog aku.. :) sebenarnya, minggu nie ada satu majlis terbesar yang diadakan di sekolah aku.. iaitu MTAQ (Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah baram.. so,sekolah aku dipilh sebagai penganjur .. apa lagi, khidmat kami2 nie yang diperlukan.. ^^ punyalah banyak tugas nak dibuat.. semuanya buat aku jadi bingung.. =.=

Dari hari Jumaat pagi, aku menolong menghias backdrop stage kat dewan sekolah.. ^^ kesian juga, tengok kawan perlukan pertolongan.. dah tu, cg aku pula nakkan khidmat kami untuk buat banner bagi minggu bahasa untuk next week.. aihh.. lagi buat kami spoil..

Ok.. Jadi, aku sempat juga tolong buat acuan perkataan tu.. adehh.. memang kelam kabut juga... ^^ k.. petang jumaat tu, aku sempat datang ke sekolah tolong cg2 lha.. lepas tu, aku sempat tolong kat bilik PA system.. ^^

Pagi nie, aku mengenakan baju kurung berwarna hijau.. hehehe... tiba aku di sekolah, semua tengok aku.. Errkk, pesal pulak nie??? huhuhuhu... aku terus menuju ke bilik mesyuarat.. kemudian, aku cakap "bagus keluar jer.. " kat kawan aku.. Dia angguk kepala... Kebetulan line clear.. Kitaorang pn keluar dengan senyap.. tetiba : "Haa.. Kat sini korang rupanya.. meh tolong cg.. " Aduhh.. Hancus2... Baru nak berniat pergi ke dewan, dah d suruh buat kerja.. Rupa2nya, cg tu suruh aku n kawan aku jadi juri penjaga masa bagi tilawah.. wow... seumur hidup aku, ini first time tau.. huhuhu.. xpe lha, dapat juga pengalaman..

Yang best, lepas jadi juri.. Aku pergi ke dewan.. kebetulan, aku terserempak dengan cg aku.. dia slumber cakap : "sorang macam YUNA.. sorang lagi cam NAJWA.. yang nie pulak (ditujukan kat aku) cam ANA RAFFALI.. " cheh.. cg nie.. saja jer nak sakitkan hati...hehehe.. aku toleh kiri.. woww... sorang lelaki.. pergghh.. memang class.. pakej ok.. wakaka.. bukan nak menggatai k.. :p

Ok.. Pastu, upacara penutupan.. Ada persembahan nasyid dari sekolah.. pulang tu,aku masih terserempak dia lagi.. warrgghhh... nak gila jer aku nie... hehehe... control jer lha...

nie photo :


Sunday 25 March 2012

Patutkah aku maafkan dia???

Salam semua.. Hari minggu nie sudah pasti nak siapkan diri dengan kerja2 yang tergendala.. Al maklumlah, esok kan semua nak pergi bekerja seperti biasa.. Macam aku pulak, sibuk nak updatekan aku punya note nie.. Ampeh tul.. tetiba jer cg aku nak tengok nota.. kelam kabut aku mengemis minta nota kat kawan.. alahai..

Oh yer.. Tadi aku log in FB aku.. ye lar. Saja2 jer nak tengok sape yang LIKE status aku kat FB.. hehehe.. ^^
Tetiba ada seorang hamba Allah nie .. (tak nak mention nama dia lha..) minta maaf kat aku.. Aku terkejut lha.. Selama nie aku langsung tak pedulikan dia.. Lagipun, dia dah buat aku merana n terluka dengan kata2 dia.. Kutuk aku, malukan aku.. Siapa tak sedih kan??

Walaupun kisah tu dah berlaku 2 tahun lalu, namun masih segar diingatan aku.. Tak mungkin aku lupakan bagaimana dia dah buat aku merana.. Hanya Allah tahu semuanya.. Aku kehilangan hampir semua rakan aku.. Aku dimalukan oleh kawan aku sendiri .. Tak cukup tu, aku dilabel "PERAMPAS" , "SYOK SENDIRI".. Aku bergaduh di sekolah demi mempertahankan maruah aku.. Aku bersabar dengan dugaan yang diberi.. Tiada siapa yang bantu aku pada masa itu..Hanya kawan baikku, adik angkat aku.. Mak angkat aku yang faham dan bantu aku.. Memang penuh duka dan tangisan.. Aku berdoa supaya aku diberi ketabahan dan kembalikan maruah aku yang bersih itu..

Namun, Allah maha pengasih pada hambaNya.. Akhirnya doaku dimakbulkan.. Aku diterima kawan2ku semula.. Aku dapat tersenyum semula.. Aku dapat segala2nya.. Biarpun aku belum dapat cinta aku yang aku kasih itu, namun aku redha jua.. Mungkin Allah memberikan yang lebih baik dari dia yang aku cinta..

Tapi.. mestikah aku maafkan dia?? aku bingung memikirkannya.. Berat rasa hati ini memaafkan dia.. Ya Allah .. Bantulah aku .. :'(

## dia adalah GF kepada orang yang aku sayang tu.. derr.. ##

Friday 23 March 2012

Ada bakat ker??

Salam berhari sabtu bua anda semua.. Apa khabar semua??? waahh.. hari ini merupakan cuti bagi korang .. so mesti ada plan nak bersama family.. Bagi aku, sudah tentu tergopoh gapah nak siapkan kerja sekolah... wakaka..

Ok lha, semalam aku post kt Fb aku yang aku ada buat karya sajak yang simple masa ujian pertama tu.. waahhh... memang berbakat lha aku nie... (puji diri sendiri..) aku buat tu pun time aku tengah tension nak jawab soalan.. masa tu, orang sedang sibuk jawab soalan.. daripada aku kacau orang, better aku buat sajak..

Aku guna perkataan yang senang difahami.. antara sajak2 yang aku buat : "Pena di waktu ujian" , "Hanya dirimu-buat dirimu :) si permata dusta" , "Bila Tamat Ujian"... Hehehe.. tercetus kreativiti aku.. Wakaka..
Saja nak buang boring.. Kalau kacau2 orang, nanti cg anggap aku nie nak meniru.. tak pasal2 dapat dimerit...

Haa.. begitulah aktiviti sampingan yang aku buat.. Amacam?? ok tak?? daripada meniru, baik kita luahkan kreativiti kita.. mana tahu dapat di asah bakat tu. :)

CINTA..

Salam sayang dari aku.. waahh.. bertambah sayang aku kat korang yang sudi membaca blog aku nie erk.. :)

Baiklah .. seperti yang telah dijangkakan.. ada benda nak di share kat blog kesayangan aku nie..
Aku nak citer pasal CINTA ... Waah, amazing!!! (ooppss.. terambil trademark orang.. hehehe).. Apesal la aku nak citer pasal nie?? hehehe.. ada sebabnya..

Bila sebut perkataan comel nie, aku boleh agak banyak definisi yang akan korang bagi.. huhuhu.. Kelas kau,jah!! hahaha.. ada yang cakap : "cinta ibarat kain putih.. kita nie yang akan mencoraknya.." ok.. itu definisi seorang anak tu.. adehh.. hampehh.. hehehe.. ada juga cakap : "cinta itu ibarat motor.. kau race sikit dapat tunjuk lagak kat highway.. mesti dicuci,kasi kilat punya.. kalau tak, memang jadi besi buruk.." itu cakap orang rock kapak...

Apa2 pun definisi korang lha, ada juga yang tak sedap di dengar.. BUTA CINTA.. haa.. inilah yang tak syok nie.. sebab cinta, boleh buat jadi gila.. waahh.. aku nie, mungkin boleh cakap banyak... bagi yang tak suka ayat aku, mesti cakap.. "ewh,kau tak pernah bercinta.. mana kau tahu sangat..!!" elo, aku nie puas bercinta, pasal tu aku berani nak cakap.. hahaha.. (manas na juak ewh-loghat S'wak..)

Macam kes kawan aku nie, sedih rasanya di hati bila dah terlampau obses bercinta, sanggup nak terbunuh diri tapi tak menjadi.. meninggikan suara kat parents.. hurmmm.. kesian kat dia.. tapi, aku sebagai rakan.. ak harap dia berubah n fikirkan masa depan yag jauh lebih elok..

Itulah yang aku agak kesal sikit.. Kita nie jangan terlampau mencintai sehingga lupa diri, keluarga n paling penting lupa Tuhan.. bercinta biarlah pada, jangan buat hidup kita terseksa kelak.. Tak salah kalau bercinta sebab Tuhan bagi perasaan tu kat kita.. supaya kita saling menyayangi antara satu sama lain.. tapi, zaman sekarang.. perasaan tu kita buat ke arah yang lebih teruk.. pastu buat diri terseksa, perut kempis jadi bulat. buang bila dah tak tahan malu.. ape jadi??? haa.. fikir2kan lah..

Betul kata ahli sejarawan, jika kita lupakan peristiwa lalu akan berulang balik juga.. itu yang kita tak nak.. mahu tak mahu, kita hadapi juga.. aku begitu sedih sangat2 kepada golongan belia yang sanggup buat camtu.. buatnya kita dilabel REMAJA TAK BERGUNA.. aihh... hurmmm...

Pepun, aku harap semoga kita dapat lakukan transformasi pada diri kita.. Tak salah bercinta, tapi berpada2..

Thursday 22 March 2012

Kenali ragam lelaki melalui 6 cara ..

^^ sumber : www.suarapeople.com ^^


Kenali Lelaki.. Kenali Ragam Mereka!


Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia utukk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga-jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan.


Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai Tuhan saja yang tahu! Yang penting hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asal sedap mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia kita. Kalau derita pung kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


1. Lelaki Bersemangat


Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.


Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletiha ntapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnbya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.


2. Lelaki Takut Komitmen


Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!


Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


3. Lelaki Anti Perempuan


Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.


Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!


4. Lelaki Playboy


Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan uo to date. Biarpun kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.


Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidupsaja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteren!


5. Lelaki Tradisi


Bagaimana mengenali mereka:
Corak pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatut soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.


Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.


6. Lelaki Korporat


Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.


Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Jom baca sama2..

Haa.. Sedang aku dibuai dengan melayan facebook aku, aku pergilah research kat internet.. ada satu artikel yang buat aku tertarik.. jom kita baca sama2.. n semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian.. ^^Simple tapi kalau nak cuba, jomlah.. ^^



Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan


Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan.


Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.


Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan.


Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu.


Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.


Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata, “Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”


Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.


Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.


Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.


Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.


Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.


Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.


Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.

Sedih bercampur gumbira.. pe kess??

Salam semua .. Wahh!! ape citer ri nie?? ish2.. aku pula sibuk bertanya.. hehehe...

Baiklah, aku pula nak mulakan story hari nie.. ye lha, kan ini blog aku.. so aku yang bermadah ...
Masa di sekolah tu, aku rasa hepi sikit lha.. bila semua exam paper dah dikeluarkan sepenuhnya... untuk subjek Perniagaan, hanya sekadar mendpat 59% jer.. tu pun beza satu mata dengan rakan cina kat kelas tu.. dia dapat 60% ... So, untuk keseluruhan.. aku mendapat mengekalkan kedudukanku di kelas.. Syukur alhamdulillah... tapi, aku tetap tak dapat senyum lebar.. bayangkan,pointer aku cuma dapat 1.66 jer??? Ya Allah, malunya aku.. dah lha pointer tu memang tak layak dapat masuk U tau.. hrmmm.. sedih sangat2 tau... rasa nak GIVE UP jer kat form 6 nie...

Tadi, aku nak beli no pin kat BSN coz nak try apply maktab.. abang2 aku setuju n menggalakkan aku try2 lha.. mana lha tahu dapat rezeki ker.. aku ada ask kat mum kalau dia izinkan aku untuk beli no pin tu... n mum say : " Mum izinkan kalau nak beli  no tu.. tapi, takkan nak tinggalkan tingkatan 6 gitu jer?? sayang tau.. bagus fikir betul2.. habiskan pengajian tu.. usaha baik2 baru dapat apply mana2 yang kamu nak.. " Hurmm.. pilu rasa dengar mum cakap camtu.. ye lha, aku setuju juga cakap mum yang aku dah sia2kan hidup aku kat form 6.. tetiba nak hentikan gitu jer.. hurmm.... p aku ada kurang setuju juga.. ye lha, aku dah kecewa bha.. dengan perkataan GIVE UP terus menular di fikiran nie... hurmm...

Pe pun aku kena fikir masak2.. berhenti atau terus mendaki??? aihh.. pening kepala memikirkannya.. Ya Allah,bagilah aku petunjuk... semoga ada hikmah di sebalik semua ini.. Amin.. :(

Wednesday 21 March 2012

Aku dah tukar derr..

Salam buat korang semua!! Haa.. masih melayari internet lagi??
Hehehe.. Teruskan melayari yang elok2 yer...

Baiklah.. Mesti tertanya-tanya, mana pergi e-mail yang selalu aku guna untuk updatekan status di blog nie?? Haa.. nak beritahu la nie.. Aku tukarkan nama kat e-mail tu.. So, korang nak buka blog nie just taip : ezleyofficaldiary.blogspot.com.. haa.. jangan tersilap taip pula...

Satu lagi, aku dah tukar nama blog nie.. dari ::Diari Zue Ezley:: bertukar menjadi ^^Belog Di Hujung Kaki^^ .. aik?? nape ku tukar2 nie.. hehehe.. macam orang lain, aku nak tukar selera ler.. asyik guna nama camtu jer.. aku tukar ler.. saja jer, biar aku dapat perluaskan apa yang tercatat di blog kesayangan aku.. <3

Kosong..

Haa.. mari layan lagu dari adik Najwa (hehehe.. adik lha pulak!!!)


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

Kelasss korang!!! Tahniah buat adik2 SPM :)

Salam semua.. Wahhh!!! Sibuk2 jer nak menulis blog nie.. Hahaha...

Sebelum tu, nak congrate kat adik2 di seluruh Malaysia nie yang dapat keputusan tergempak,terbaek dalam SPM untuk hari nie.. Waa, kelas korang!!! Ada yang dapat straight A, ada yang dapat sikit A.. wow,ok tu dik!! bersyukurlah yer,pat keputusan dri usaha korang... dan berkat restu dari family n guru.. haa,ingat tu!! tanpa restu diorang,takkan berjaya lha kita.. (hehehe.. nasihtkan orang erk..)

Bagi adik2 SMKTU amik SPM tu, wooww.... tak sangka erk.. korang dapat keputusan terbaik dari kitaorang yang badge yang agak power nie. (hehehe..puji melambung2 yer..) paling tergempak, ada juga 4 orang budak melayu yang dapat keputusan yang terbaik.. Syabas korang!!! Tersenyum2 kami nie, sekurang2nya ada juga yang terbaik dari kaum melayu.. Haa... selalunya budak2 melayu nie malas lha, tapi ada yang cemerlang.. hehehe.. Aku sempat juga menyibukkan diri tengok keputusan tadi.. hehehe.. kebtulan, cg Azmizan n cg Effa minta tolong agihkan majalah sekolah untuk diorang yang amik keputusan SPM tadi.. apa lagi,aku cepat2 tengok lha sapa dapat straight A tu.. Memang agak der, budak Cina dari aliran Sn yang dapat.. hehehe.. tapi, memang dapat dibanggakan sebab paling rendah pun dapat 4A ke atas yang cemerlang.. selebihnya, hurmmm.. faham2 ler yer.. Ada muka frust,muka slumber,muka gembira.. hahaha... macam2 reaksi diorang erk..

Yang paling buat aku terkejut, budak yang tak ditargetkan lulus , dapa lulus yang hebat.. macam sorang budak nie, muka yang selalu dianggap malas... dapat 2A 6B 1D.. ok lha tu.. ada juga budak2 yang selalu bikin masalah kat sekolah dapat keputusan yang ok juga.. haa,syukurlah!!! tepat dengan motto yang pernah aku cipta dulu.. "biar malas,asal otak OK!!" . bagus juga motto tu erk... hehehe...

Pepun,aku ucapkan sekali lagi TAHNIAH untuk korang sume.. amiklah peluang belajar yang disediakan untuk anda.. amiklah bidang yang diminati.. semoga korang akan menyambung generasi yang ada untuk bangunkan negara... Applauded!!!(tepuk tangan beramai2).. :)

Tuesday 20 March 2012

Kebingungan dalam keresahan..

Aku nak citer kat korang .. Aku sekarang bingung tau.. Si dia tu, tetiba tanya soalan buat aku kelu nak jawab...

Bermula kisah...

Kebetulan. tetiba rasa rindu datang.. aku mesej kat dia.. saje nak tanya kabar.. dia balas lha.. cakap "sorie sebab tak balas mesej lama nie.. saya masih marah.. cuma terkenangkan awak,saya lupakan ajer.."
Ok jugak lha tu.. berertinya dia dah maafkan aku..yess!!! bling2 jer mata nie...
Tetiba dia tanya.. "Awak nak tak jadi GIRLFRIEND saya??" hahh?? dia mula ungkit balik soalan tu.. adohh.. penat nak jawab nie.. aku balas camnie: "Susah nak cakap.." (memang aku blur masa nie).. dia jawab: "tak susahnya.." n dia jawab lagi.. "takut nak kapel dengan saya or parents awak??" Alamak.. nape pulak nie... aku kan tetap pilih yang no 2 tu... hurmmm... aku jawab.. "saya takut saya tak setia nanti.. tak nak buat awak terluka.. tu jer.." (sebenarnya.. aku belum ready nak kapel lagi... banyak faktornya.. salah satunya, mum aku cakap yang selagi aku nie berstatus pelajar,aku mesti abiskan belajar baru nak fikir berkapel... lagi satu, aku nie nak mencari cinta yang sebenar.. aku masih menutup hati nie kat sape2 dulu..)... dengan selambe dia cakap : "nape cakap camtu.. sebab awak suka banyak kapel.. saya tahu,dari cara awak mesej saya... n banyak citer pasal awak ,saya tahu.." aik.. bila masa pulak??hiss... sapa lha yang cakap2 pasal aku nie erk... "saya tahu,awak memang suka banyak kapel.. saya tahu sebab banyak citer pasal awak.. tapi saya tak percaya semua tu..saya percayakan awak tapi awak susah sangat nak cakap benar.." (ok, memang dulu aku nie berperangai playgirl.. tapi aku tetap setia jugak.. masa aku menengah rendah, aku berkapel juga.. aku tak ketatkan kebebasan kapel aku.. tapi aku juga terluka.. sekarang, aku takut nak bercinta lagi...sebab takut terluka..)
tapi.. satu ayat yang buat aku trkesima sikit bila dia cakap.. "entah2 awak yang tak setia.." sape cakap aku tak setia?? aku dah puas bagi kesetiaan kat cinta tapi last2 aku pula yang terluka... hurmmm...

tu jer aku dapat kongsi.. tapi apa yang aku dapat cakap.. aku susah nak terima dia sebagai kapel aku.. sebab aku belum bersedia lagi biarpun aku nak berkapel.. walau apapun,aku sayang kat kamu... itu jer aku dapat cakap... :)

OMG!!! Tenangkan jiwa,Zue..

Salam manis dari aku.. Waahhh.. nampak geembira jer aku nie kan.. Hehehehe.. Boleh senyum lebar sikit lha sebab aku dapat markah yang ok lha dalam BM kertas 1 yang boleh bantu aku.. huhuhuhu.. syukur tak terkata.. Terer kau,Jah!!! hehehe..

Pepun, aku tetap tertewas juga kat kawan cina aku.. Huhuhu.. Cg cakap kat aku, "kau punya mistake kat karangan tu.. kalau tak, memang ok markah kau tu.." Huhuhu.. Takpe lha,cg.. aku redha jer lha... dah tu yang aku mampu usahakan.. terima jer lha,cik oii....

Yang aku nerves lha, paper Perniagaan aku tu.. entah2 pas ker tak?? Setakat nie, kertas 1 aku dapat 53% jer.. harap2 kertas 2 nie, aku dapat ok lagi.. dapat selamatkan pointer aku sekarang yang tak samapi2 pointer 2.. aisehh.. teruk sangat dah aku nie.. tak pernah terfikir langsung bha... spoil sangat..

Untuk hari nie, aku rasa tertekan dengan markah yang aku dapat.. bukan nak riak lha, tapi aku tak pas hati dengan markah ujian kali nie.. terlalu teruk sangat sampai nak hembus nafas kat dada nie tau.. (uiks.. bukan sakit asma k.) Camner aku nak kasi paper tu kat mum aku?? OMG!!! malu sungguh..

Kebetulan petang tadi, aku pergi library dengan geng.. Kononnya, nak menelaah lha kat sana.. Pulak tu, terserempak kawan lama.. Jadi, bertanyakan pointer dia dapat kat sana.. Dia dapat pointer 2 ke atas.. Wooww... nak ternganga mulut nie.. Hisshhh.. malu nak kasi tahu kat dia pointer aku tu.. bikin malu ajer lha...

P, tu semua adalah cubaan yang perlu ku hadapi.. biarpun sakit, tapi aku tetap bersyukur juga.. sekurang2nya aku tak gagal.. biarpun pointer rendah, tapi yha satu cabaran supaya aku berazam pat bangkit semula.. betul tak?? (angguk kepala..) hehehe.. practice make perfect <--- bak kata Cikgu Muet aku der...

Monday 19 March 2012

Pesanan adek2 SPM 2011

<< PERHATIAN BUAT ADEK2 SPM 2011 >>

Aku nak kasi info lha... korang yang bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELANG USAN MARUDI .. (hermmm.. sekolah aku juga tu..), nak bagitau lha ...

1) Permohonan PISPM (Maktab Perguruan) akan dibuka pd 22 Mac...
So,boleh lah membeli no.pin d Bank BSN nnt k...
Then,apply d web moe...

2) keputusan spm korang boleh ambik pada 21 mac ni at our dewan around 9am..di samping tu,UBK akan mengadakan pameran brosur kemasukan ke IPTA & IPTS

3) permohonan ke maktab perguruan dibuka mulai 22mac sehingga 5april 2012..so sila layari laman web moe,beli no pin di bank BSN..

Tu jer pesanan dari cg Effa .. Aku just inform jer.. :)

Pergghhh!!! Spoil ..

Salam semua ..
Hari nie aku terkesima bila dapat exam result tadi...
Wahhhh!!!!!!!! gempak giller... hehehe.. bukan cemerlang p KO!!!

First, boleh gumbira lha bila aku dapat Pengajian Am tinggi bagi kertas 1..Bila dapat kertas 2, terus spoil muka aku.. Pergghh!!! padan muka aku tau.. gara2 graf aku tak berwarna, drop terus markah aku...
Itu ok lagi lah.. Tapi, bila dapat Sejarah punya paper, what???!!!! nape dapat markah camnie?? 45% n 44% jer??? OMG.. teruk giller beb.. aku rasa macam nak terjatuh jer (chewahhh..) Ye lha.. korang bayangkan, aku nie punyalah banyak explain tul2 kat kertas jawapan tu, dapat yang markah spoil camtu??? huhuhuhu.. sedih tau...

Yang buat aku terkejut ialah markah kertas 2 BM aku.. Haaahhhh???!!! dapat 46% jer?? biar betul.. yang paling aku terasa hina, hehehe.. bila karangan aku banyak dipotong.. mak oiii!!! teruk sangat ker tu??? hrmmm... sedih tau... apesal aku dapat tamparan hebat?? belum lagi kertas 1 n Perniagaan lagi.. alamak!! terkantoi aku kali nie...

Tapi, aku redhakan ajer semua tu.. dah tu yang aku dapat masa study punya last minute.. huhuhu.. memang sedih sangat.. aku tak tahu lha, mungkin sebab aku tak belajar betul2 kot.. huhuhu.. takpe lha, aku kan buat yang lebih baik lagi.. Insya Allah .. >.<

Saturday 17 March 2012

Penat berjalan..

Salam manis tanpa perencah .. Hahaha...

Alhamdulillah .. Setelah 3 hari 2 malam menempuh bandar Miri, akhirnya semalam aku sampai kat tanah air .. hahahaha.. penat tak terasa kt badan nie..

3 hari 2 malam erk.. aku dapat bershopping walaupun aku banyak terfikir borong abis-abisan.. p kena tengok bajet jugak.. hehehe..

Syukur jugak.. tercapai hajat nak beli gajet baru.. ye lar.. dari dulu, aku teringin ada sendiri.. bak kata pepatah, "bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. " dapat den(loghat N9) beli juger dengan duit sendiri..
Dalam pada tu, aku sempat cuci mata dengan barang2 jenama kat sana.. fuhh.. puas memandang, tapi simpan niat jer lha kot2 dapat jugak kan...

Pe pun, belanja sakan aku kat sana.. hehehehe... >.<

Tuesday 13 March 2012

Yeppi...

Salam...
Aku happy sebab esok aku g miri..
Wasehh!!! Apa macam??? Mimpi ker aku nie???
Ewh.. memang betul pun.. Actually, semalam abang aku cakap, yang dia bawa aku g miri..
Langkah kanan seribu pula yer... Hahahaha...

Alahai.. G miri nie pun sebab nak gunakan baucer buku 1 m'sia tu...
And aku nak beli barang keperluan jer...
Malas nak membazir duit nie... bukan duit aku pun... huhuhuhu..

By the way, esok naik ekspress kol 8.30 pagi..
Abang aku dah ingatkan aku banyak kali... Kalau boleh, satu hari beribu2 kali dia ingatkan aku...
Ye lha tu... macam aku nie pelupa sangat...

hehehe... sepanjang g miri, mybe aku tak updatekan status aku kat blog n fb..
so, balik dari miri aku share citer aku kat blog nie k...
Insya Allah... :)

Hehehe.. thanks awak..

Salam bertemu lagi...

Hehehe... Alhamdulillah ... Aku bersyukur sangat2...
Dia dah maafkan aku...
Pe?? Nak ulang lagi yer....

D I A  D A H  M A A F K A N  A K U ! ! !

So, aku rasa lega lha.. dia dah memaafkan segala kesalahan aku kat dia..
Lepas nie aku dah tak rase sedih lagi.. dapat juga aku contact dia cam selalu...
hehehe... gumbira sangat2 tau.. sampai tak terkata ..

Dear awak ...
Thanks so much dah maafkan saya .. Jujur saya katakan, awak dah buat jiwa saya tenang semula...
Sayang awak sangat2... Muahhh...

<< He's not my bf k.. Just friend jer.. jangan nak pikiaq(cakap Utara puler) pelik2 k.. >>

:(

Salam semua...
Aku betul2 kecewa semalam tau... entah lah.. kali nie aku mengalirkn air mata buat satu hari...
Kembang habis mataku tau...

Kelmarin tu... aku betul2 kecil hati kat diorang.. aku dah macam hilang semangat..
Semalaman aku fikir camne aku nak buat diorang faham tentang aku...
Mungkin sebab aku berstatus pelajar.. belum mampu beli barang menggunakan duit...
Aku belum bekerja.. gaji pun tiap2 hari ibu yang kasi...
Kenape??? kejam sungguh...

Tapi.. aku sedar.. aku masih belum mengerti semuanya...
Aku masih banyak belajar lagi erti kedewasaan.. Korang jangan kutuk aku...
Aku punya perasaan.. aku tak nak melawan... sebab aku kalau dah hilang sabar.. aku kan mengamuk semuanya...
Namun.. aku berdiam diri.. sabar jer ...
Sebab .. aku cuma manusia yang lemah.. mampu mengalirkan air mata...
Demi menjaga kehormatan korang .. aku pasrah jer...

:( i'm so sad right now.... ~

Sunday 11 March 2012

Agnes Monica-Rindu

Lagu nie memang best .. aku bagi 10 stars!!!!


selama aku mencari, selama aku menanti
bayang-bayangmu di batas senja
matahari membakar rinduku
ku melayang terbang tinggi

bersama mega-mega, menembus dinding waktu
ku terbaring dan pejamkan mata
dalam hati ku panggil namamu
semoga saja kau dengar dan merasakan

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata aku cinta padamu

peluhku berjatuhan, menikmati sentuhan
perasaan yang teramat dalam
telah kau bawa segala yang ku punya
rindu ini telah sekian lama terpendam

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata yeah aku cinta
kepadamu ooh kepadamu ooh

Muet lagi!!

*.*.*.*.* 3 MAC 2012 .*.*.*.*.*

Wahh!!! Macam tarikh orang nak nikah jer...
Hehehe..
Tapi bagi aku, tarikh nie adalah tarikh penamat bagi aku yang amik Muet exam..
Hahaha... 

Pagi tu.. kebetulan ada sesi persekolahan bagi menggantikan cuti ritu..
So, semua orang bersekolah..
Aku datang ke sekolah tanpa mengenakan blazer..
Semua pelajar termasuk cg memandang aku..
Aku pun hairan nape semua orang nie tengok aku camtu..

Orang pertama tegur aku pasal penampiln aku ialah.. Huzaimah..
Alasan aku : Blazer basah...
Orang seterusnya bertanyakan soalan yang sama..
Aku jawab dengan ayat yang sama..
N cg Faizal pula tanya soalan yang sama n berserta ayat tambahan ..
"Kau nie macam dah nak pencen jer.."
Aku membalas dengan senyuman..

Pagi b4 exam.. aku sempat lepak kat kantin..
Bagi nak hilangkan gugup ... hehehe
So, geng2 cg tu sempat mengganggu suasana jer..
Ish2...

Tepat jam 7.45 pagi.. 
Kami berjalan menuju ke bilik bahasa cina...
Pergghhh.... tengok2 dua orang pengawas yang jaga kami tu orang len...

Sepanjang exam tu...
Aku dapat komen :
Reading - ada susah sikit.. kebanyakan petikan berkaitan sains...
Listening - pergghh... slow sangat rakaman suara tu..
Writing - jadual n pasal pendidikan...

Pa pun, aku berdoa supaya aku dapat band 3..
Amin .. doa2kan aku yer.. :)

Heppy Sangat .. :)

Salam semua...

Aku nak share lha ape yang berlaku masa aku tak online ritu...

Hehehe... Beberapa hari yang lalu...
Kat sini ada program berlangsung di Surau kpg Narum...
Macam2 aktiviti diadakan..
Yang tak syoknyer...
Aku tak dapat mengaktifkan diri sendiri..
Kebetulan pulak aku tengah berperang dengan exam..

Tapi satu malam tu,kebetulan malam penutupan...
So, aku join pegi sana dari rumah ke sana..
Malam tu ada jemputan penceramah dari Semenanjung...
Oh .. malam tu tak sabar lah nak tahu sape lha sudi nak bagi ceramah tu...

Rupa2nya .. seorang ustazah...
Namanya Yang Berbahagia Ustazah Zawiyah Bt Hassan ..
Alar.. yang jadi mudirah untuk Ustazah Pilihan kat Astro Oasis tu...
Haa.. dia lha tu... (baru nak angguk kepala..)

Ustazah tu kasi ceramah pasal tema Maulidur Rasul...
"I Love You, Ya Rasulullah ..." itulah tajuk ceramah malam tu..
Aku terhibur juga dengar beliau bagi ceramah...
Sampai tak toleh kiri kanan tau..
Hehehe... :)

Paling tersentuh hati nie..
Bila beliau cakap, "Rasulullah tidak makan 2 jenis makanan dalam satu hari.. Rasulullah menyukai hidup sederhana.. "
Aku sempat berfikir .. Kita patut bersyukur dengan kehidupan sekarang ..
Kemewahan di sekililing... Huhuhu...

Pe pun, aku sempat berjumpa dan berbual dengan beliau..
Waahhh!!! Kelas kau Jah!!! Hehehe..
Aku pun rasa seronok dapat bertanya soal agama dengan beliau..
Tapi sayangnya aku tak sempat bergambar dengannya..
Seolah-olah baru bersua lima minit jer...

Yang penting aku dah terhibur di hati nie..
Hehehe.. Thanks yer, Ustazah!!
:)

nie ganbar ustazah tu..
yang guna tudung warna ungu...
:)

Saturday 10 March 2012

Hitam ke Puteh .. :)

Waa.. jeng2...
blog aku dah berubah...
dari hitam jadi putih cam gini..
syok jer Zue tengok... :)

so.. mulai saat nie...
diri nie nak bahaskan dari "Zue" jadi "aku" ..
baru senang nak taip erk..
:)

Thursday 8 March 2012

I'm back!!!

Salam semua...
Hahaha... terubat jua rindu nie...
lama tak berborak kat blog kesayangan Zue nie..

Zue ada masalah yang dihadapi...
Pertama ...
Broadband lum bayar...
Hehehe.. ingatkan rosak pulak...

n masalah kedua...
Zue busy dengan belajar untuk exam yang pertama nie...
hehehe...

pe pun.. Zue rindu kat blog Zue...
ye lha.. blog nie dah cam diari hidup Zue... :)

Thursday 23 February 2012

Memang power lha korang..

Salam semua ..
Penat betul Zue hari nie tau dengan melayan kerenah kawan2 tadi...

Citer bermula ...
Petang nie ada perjumpaan bola tampar..
Ada pertandingan bola tampar antara senior n junior..
Tapi dalam satu pasukan, ada guru yang mesti join...

So, pasukan kawan Zue ada Cg Effa ..
Manakala pasukan junior ada Cg Faizal n Ustaz Farid ..
Hehehe.. Zue tak join,just jadi penonton jer..
Bukan reti nak main pun..
>.<

Perlawanan pun bermula...
Agak sengit juga sebab yang junior team memang terer lha..
Huhuhuhu .. berdebar2 juagak tengok team yg Zue sokong nak kalah...
Cg Faizal pulak dah tersengih2 tengok pasukan kawan Zue nak kalah..
Tapi, bila dah kena smash dari team kawan Zue...
Perggghhh!!!!!!!!!!! Menang terus tau..
Dengan markah 25-23 ..

Syok sangat tengok diorang tadi..
Zue ketawa bila kawan2 Zue kasi psiko kat junior team..
Hahaha... Lucu jer..

Pepun,memang best giller lha tengok diorang..
Zue nie pun tak lha hebat sangat nak main bola tampar..
Tapi, Zue suka tengok diorang men...
:)


Wednesday 22 February 2012

Karaoke lagu nie.. :)


Selena Gomez & The Scene – Hit The Lights

it’s the boy who never told i like you
it’s the girl you let get away
it’s the one you saw that day on the train
but you freaked out and walked away

it’s the plane you wanna catch to vegas
things you swear you do before you die
it’s the city you love that waits for you
but you’re too damn scared to fly

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight

it’s the time that you totally screwed up
still you try to get it out your brain
it’s the fight you head when you didn’t make up
it’s the past that you’re dieing to change

it’s all the money that you’re saving
while the good life passes by
it’s all the dreams that never came true
cause you’re too damn scared to try

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight

it’s a mad, mad world
gonna make it escape
it’s a perfect world
when you go all the way
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight

so let’s go (go, go, go) all the way
yeah let’s go (go, go, go) night and day
from the floor to the rafters
people raise your glass
we could dance forever

[chorus] x2
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight
come alive
let the moment take you
lose control tonight
it’s a mad, mad world
gonna make it escape
it’s a perfect world
when you go all the way
hit the lights
let the music move you
lose yourself tonight

Mentor : Tunjuk ajarku Sifu :)

Hehehe..
Nie satu hal lagi... Zue dah jadi mentor pulak..

Pasal pe?? Haa... nak share lha nie...
Actually, kawan2 Zue nak join pertandingan pidato tu...
So diorang nie meminta pertolongan dari Zue..
Ajarkan diorang...

So, macam rancangan realiti tv jer diorang nie...
Hahaha.. 

TUNJUR AJAR SIFU!!!

Mentor2 : Zue (guru vokal) , Heizan (guru intonansi), A'am (guru penembak soalan) ...
Proteger : Joe, Edue, Def, Chuang, Sue .. 

Hehehe.. hari nie, Zue ajar diorang sesi membaca teks menggunakan bahasa melayu baku ..
Duihh.. payah betul diorang nak sebut bahasa baku dengan lancar..
Zue pula kasi demo kat diorang ...Pepun, diorang ok lha diajar..
Zue nak tolong diorang supaya dapat buat terbaik...

hehehe... tu jer nak di share ..

** sebenarnya tak tahu nak dicakap lagi.. situasi tak dapat dituliskan di sini .. hehehe.. **

LuKenaBeb!!!!

Salam semua ...
Haa .. ri nie Zue syok giller tau ...

Zue n kawan2 LPP ( A'am, Ka Yee n Kevin) berpakat untuk memilih pengawas terbaik bulan nie...
So kami pun memilih Hwong Ting Ting n Ung Yiawhong..
Dalam pada tu,kitaorang berlakon lha nak menyakat diorang nie ..
Hehehe.. Kasi suspen sikit lha...

Masa perjumpaan tu, kami memanggil 2 orang 'mangsa' nie ke depan..
Aku mengenakan mereka nie..
Buat muka ala2 samseng jer marahkan diorang..
N pada masa tu,aku maki diorang tu.. (hahaha.. sori sangat2 k)
A'am pun cakap "untuk pengetahuan anda semua mereka berdua nie dipilh sebagai pengawas terbaik .."
Punyalah menangis si Ting Ting tu ..
Huhuhu.. sebak rasa di hati nie tapi tetap seronok mengenakan diorang..
Aku pula g minta maaf kat dia...
Hahaha...

Walaubagaimanapun, aku ucapkan syabas kat korang berdua..
Harap2 menjadi contoh kepada LPP yang len...

:: SORRY SANGAT2 TADI.. HEHEHE... !!! ::

Tuesday 21 February 2012

Muet Speaking ~

Salam semua..
Hari nie Zue rase best sangat2 tau...
Hahahaha...

Hari nie Zue take Muet speaking...
So Zue pun berdebar2 juger..
Bcoz this is my first time I take it.. ( speaking pulak Zue nie..)

Pagi tu.. Zue pun ade lha buat study sebelum nak amik exam..
Tetiba cg Zue cakap sape nak g tandas dulu... g jer lha..
Sebab nak kena dikuaratinkan...
So... Zue n geng angguk2 jer..

Masa nak pergi ke bilik kuarantin..
tetibe Zue terlupa bawa IC card..
Hah???? Nervez giler Zue..
So nasib baik kawan Zue bawa Zue balik umah amik ic card tu...
hahaha... lucu sangat...
Tq yer Chuang !!!

Ok.. si examiner pun explain kat Zue pe jer perlu dibuat masa exam..
tersengeh2 jer Zue time tu ... hahaha...
Nama examiner Zue ialah Madam Elizabeth n Miss Jasmine..
Hehehe... sporting jugak diorang tu...

Tiba masanya ..
Huhuhu.. Zue rasa macam amik exam biasa jer.. takde nervez langsung..
huhuhu... Zue duduk macam biasa...
Bila si examiner tu suruh baca soalan..
Zue terus tersenyum sumbing...
"Senang tapi cmne nak elaborate nie???"
So.. Zue just cakap n cakap asalkan abis jer...

Tu lha kisah Zue tadi masa MUET tu...
Pengajarannya ialah : JANGAN LUPE BAWA IC CARD LEN KALI..
Hahaha...

Monday 20 February 2012

Attention yer~

Zue nak share nie...
Penting sangat2 tau...
Tadi, cg Zue cakap yang tarikh STPM dah bertukar...
Jadi,Zue hairan juger... sejak bile erk???
So.. Zue sempat research kat internet..
Zue harap korang amik perhatian yer sesape yang amik STPM tahun nie...
:)

Rindu berombak..~

Zue nak share kisah di hati nie...
Chewaahh... macam bermadah cintan cintun jer...
hehehe..

Kisah bermula apabila Zue membelek album di laptop tadi..
Zue tengok wajah2 Zue bersama kawan2 Zue..
Zue boleh tergelak tengok gelagat diorang...
Aihh... tak disangka RINDU mulai mendatang..

Zue rindu sangat2 bila teringat kenangan lalu...
Kawan2 Zue... kami sama2 belajar di sekolah menengah ...
First2 berjumpa, memang tak nak tegur..
Tapi bila dah bertahun2.. terus jadi geng..
Waa.. suke duke semuanya ditempuh...
Zue bersykur sangat dapat kenal diorang...
Biarpun diorang berjauhan..
Namun bila balik kpg jer... Kami terus lepak bersama..
Itulah persahabatan yang Zue sayang sangat2...

Pesan Zue ...
"Hai korang.. Aku masih ingat n rindu kat korang .. Meskipun jauh di mata namun dekat di hati...
Harap korang berjaya .. n ingatlah persahabatan kita... Aku sayang sangat2 kat korang..."

Gembira+Resah= ???

Salam bersua lagi..
Haa.. bila jer Zue tulis, ade jer something nak di share kat korang sume...

Hehehe.. Kite citer satu2 k..

First : 'Heroin Malaya'..
Kisah bermula bila Zue pergi tandas tadi...
Kire dah sampai kat pintu masuk tu.. Zue ternampak satu kumpulan pelajar perempuan berkumpul..
Zue hairan lha sambil berfikir 'aihh.. buat perhimpunan haram kat tandas pulak..'
Hehehe.. Bila Zue perg tengok diorang..
Rupa2nya seorang pelajar perempuan melayu duduk di lantai ..
Muka dia pucat sangat macam kehilangan darah ..
Ala2 mayat hidup jer.. seram tengok dia tau..
Tudung dia basah .. kesian tengok dia..
Coz dia termuntah n terkena tudung dia..
hurmm..
Jadi Zue tolong dia.. Zue bagi blazer n tutup kepala dia ..
Aurat tu.. Jadi Zue pun tolong n kawan2 dia papah dia ke bilik rawatan..
Zue pun rasa tak selesa sebab first time Zue tak guna blazer sambil berjalan..
Agak pelik sikit...
So.. Zue pun buat2 selesa jer.. ye lha.. kite tolong orang kan..
Hehehe.. Terasa penyelamat jer Zue tadi..
Waahhhh .. seronok sangat .. (hehehe.. x riak tau!!)

Second : 'Diam Seribu Bahasa ..'
Ingat tak Zue share citer kat korang pasal Zue agak tension tu??
Aiihh.. sampai Zue post kat FB cakap yang Zue akan diam jer tu..
Jadi... Masa kelas cg tu, Zue pun mendiamkan diri jer dalam kelas..
Kawan2 Zue jeling jer kat Zue..
Diorang cakap, "Aihh.. Tak nak bercakap yer,Ezley??"
Huhuhu.. Lantak lha.. Cg tu buat slumber jer...
Dia mengajar n Zue try fokus jer lha...
Lepas tu.. Zue langsung tak bercakap...
Kawan2 Zue hanya bercakap jer.. Diorang hairan tegok Zue diam jer..
Ye lha.. Kalau tak, Zue nie yang paling bising boleh jadi pendiam..
Kan tak hairan tu....
N masa Zue sedang berdiri di depan bilik rawatan..(aikk..ungkit balik kes tadi..)
Zue ternampak cg tu... n macam biasa bagi salam...
n cg tu hairan tengok ada pelajar masuk bilik rawatan.. Zue terus berdiri depan bilik ...
n cakap "Cg, jangan tengok tau.. dia tak guna tudung.. tepi2.." sambil Zue cuba try halang dia..
Haa.. masa tu,barulah Zue tengok muka dia senyum.. n bercakap..
Alhamdulillah.. dalam hati nie terasa lega.. dia tak marah Zue lagi..
Yeahhh!!!!!!!!!!!!!! epi sangat... :)

Last : MUET time!!!
Hari nie, kawan2 Zue dari sekolah sebelah amik exam ri nie..
Jadi,dalam fikiran Zue terlintas ape lah soala diorang dapat for speaking??
senang ker??? hurmm.. bercelaru sikit..
masa balik tu.. terserempak dengan seorang kawan dr sekolah sebelah..
diorang cakap "EASY BHA.."
ye lha tu.. huhuhu..
harap2 esok dapat yang senang..
senang Zue n geng bercakap2 esok...

k.. practice .. "Good morning to my examiners n my fellow candidates.. today I want to state my view that... BLAH BLAH BLAH... "
hehehe...

ok tu jer Zue dapat share.. bye2.. :)

Sunday 19 February 2012

Citer Blog Aku ..~

Salam semua ..

Zue baru jer mengindahkan blog Zue tadi..
Alhamdulillah .. rakan2 kat FB Zue puji blog nie...
Thankz sebab bagi kritikan yang membina bagi pembikinan blog nie..

Sekarang nie ..
Zue sedang mengubahsuai blog kawan Zue..

1 . blog 'Karya Jejaka Desa' oleh pemilik bernama azam_ismail..
2 . blog 'Indie Duniaku' oleh pemilik bernama azlan_shah..

Aihh .. pening juga nak uruskan blog jejaka hensem nie.. (hehehe..)
Selera orang lain masing-masing..
So payah sikit nak dikemaskinikan..
Tapi.. Zue tetap berusaha nak updatekan korang punya blog...
Lagipun, Zue pun nak uruskan blog sendiri.. Huhuhuhu...

Pepun, Zue tolong sedaya upaya Zue k..
Tak semuanya Zue dapat buat .. Korang pun kena update korang punya blog juger..
K... :)

Saturday 18 February 2012

Layan nie ... (KU PINANG KAU DENGAN BISMILLAH)


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


Keresahan memburu di jiwa..~

Salam semua..

Walaupun hujan di luar, namun hati Zue resah tau ..
Sebabnyer .. Zue nak amik MUET exam yang pertama tau..
Bukan yang sekolah tau..
tapi yang real for STPM Zue ..
risau juger ..
tapi sabor jer lha...

pastu, Zue risau juger ..
dengan persembahan nasyid untuk minggu depan..
jatuh pada hari yang sama Zue amik MUET STPM juger..
hrmmm.. pengurus mesti risau tau .. (Zue la pengurus tu.. )
ye lha.. tak nak spoil macam semalam kan..
hehehe...
korang mesti nak tahu ape lagu yang diorang bawa???
haa.. lagu tu memang best tapi Zue tak tahu tajuk lagu tu...
hehehe... takpe.. janji mereka buat yang terbaik pada malam tu..
coz itu adalah penentu diorang dapat join MTAQ tahun nie ker x...

ok.. tu jer yang Zue dapat share kat korang erk...

Pengurus Bertauliah.. :)

Salam bersua lagi ..

Zue penat tau untuk hari nie..
Rupa2nya sukar juga nak jadi pengurus nie...
hehehe...
Pengurus Nasyid lha katakan..

Untuk hari nie, Zue pergi tengok kumpulan Zue buat latihan di surau..
bila jer diorang nyanyi, Zue rasa nak ketawa..
hehehe.. picing lari .. macam2 lagi..
yang paling lucu, bila diorang nyanyi.. hujan turun dengan lebat..
lepas tu, bila dah abis nyanyi.. cuaca jadi elok sangat..
hehehe.. so funny..
Zue nak ketawa jer.. tapi Zue agak risau kalau performance diorang KO nanti..
so, Zue tolong juga diorang tu..

Malam nie pun , Cg Faizal (selaku BOSS besar) datang ke surau..
Dia tanya Zue pasal nasyid nie..
Tiba giliran diorang buat persembahan..
---> LALALALALA ...
aikk.. apasal pulak nie???
duihh .. len pula nie.. nape lha diorang jadi camnie???
BOSS jeling2 kat Zue.. sambil ketawa ...
aihh.. malunyer...
tak terok tapi agak mengecewakan..
ok.. dapat 'ceramah' pedas dari BOSS..
" nie lha akibat sombong sangat.. dah jadi len pulak.."
hehehe...
macam2 jer ..

Tapi, pasnie tak berulang lagi..
sebab nak prepare for persembahan pada 21 Feb nie nanti..
GO.. GO .. GO .. korang..
pengurus boleh handle.. :)

Friday 17 February 2012

Dugaan lagi~

Salam semua...

Minggu nie Zue memang tension sangat...
ye lha... dugaan datang bertubi2...

First ..
Zue dimarahi oleh cg.. Huarrgghhh .. rase nak menangis jer ..
Dah tu, ditunding jari.. Hrmm... Nasib Zue lha... Zue x sengaja memintas percakapan dia...
:'(

Second ..
Rakan2 pengawas.. aku terkesima yang salah satu insan nie berperangai "talam dua muka"..
Aihh... bingung aku memikirkan menyelasaikan hal nie..
kesian rakan2 lain jadi mangsa keadaan..


Thursday 16 February 2012

Aizat-Erti Hari Ini ..



Menatap Pagi Yang Sepi
Suara Merdu, Penuh Syahdu
silih berganti
Di pagi penuh cahaya

Di dalam duniaku
segala masalah mampu
dilerai dengan menyanyi
pintaku, hasratku, cintaku,
di pagi penuh bahagia

Aku masih percaya
walau sekadar bermimpi
bahawa ada yang akan
merealisasikan mimpiku
untuk dunia yang lebih baik
dari dunia kecilku

Maafkan aku
tertewas terjatuh melaksanakan
tanggungjawabku
oh Tuhan samoaikan impian
semua yang kau cinta

Aku tetap percaya
walau sekadar bermimpi
bahawa ada yang akan
merealisasikan mimpiku
untuk dunia yang lebih baik
dari dunia kecilku

Aku masih keliru
Dan tidak memahami
adakah ini semua lebih
berharga dari nyawa
seorang insan bermakna
yang ingin merasa nikmatnya

Aku tetap percaya
walau sekadar bermimpi
bahawa ada yang akan
merealisasikan mimpiku
Aku tetap percaya

Wednesday 15 February 2012

Puas hati sangat2...~

Salam semua ...
Zue nak kongsi kegembiraan nie kat korang semua..

Bermulanya kisah .......

Tadi .. masa perhimpunan kan, berdebar2 rasanya di hati...
Pasal pa????
Zue menunggu pengumuman juara kebersihan kelas ..
So.. Zue pun tak sabar2 nak tahu kelas mana juara..

Jadi.. Cg Hoo (guru bahagian kebersihan) berucap ..
 "Baiklah .. Hari nie cikgu nak umumkan 3 kelas yang mendapat markah tertinggi .."
Waa.. Zue dah menggenggam tangan nie..
"Tempat ketiga ialah kelas 3B ... "
Ok2.. Tepuk tangan jer lha ..
"Tempat kedua iaitu kelas 4S1..."
aikk... semakin berdebar2 pulak .. huhuhu...
"Juara keseluruhan ialah .................."
Aihhhh ... suspen nie...
"Kelas 6 Atas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"
Hoorreeeyyyy  ... rasa nak meloncat jer Zue nie..
Hehehe.. tangan nie tak berhenti2 bertepuk...
hahaha...

Kawan Zue yang ambil hadiah di pentas..
Hehehe.. Tersenyum2 jer Zue n kawan2 tadi..
Ye lha.. Zue heppy sangat2..
Walaupun Zue tadi tak berapa sihat..
Tapi bila tahu kelas Zue juara..
Terus hilang rasa sakit nie...
:) <----- macam nie muka Zue tadi.. hahaha...

Apa2 pun Zue n kawan2 nak kekalkan kejuaraan kali ke3 nie...
Hahaha.. berpegang pada prinsip : BIAR OVER, JANJI JANGAN MENYAKITKAN HATI ...
Hehehe...

Monday 13 February 2012

Ikhtibar bersama...

Salam semua ..

14 Feb nie sudah pasti tarikh yang ditunggu-tunggu..
Nape erk??
Sebab sambutan hari kekasih punya hal lha..

Tapi nape orang Muslim takleh sambut??
Huhuhu.. nie soalan yang Zue fikir dulu masa kecik2 ..
Ye lha, dah orang mabuk bercinta sudah pasti nak sambut dengan penuh romantik..

Rupa2nya .. ada kisah disebaliknya..
Huhuhu.. nie yang Zue dapat dari sumber yang boleh dipercayai ...



“Amalan merayakan Hari Valentine atau Hari Memperingati Kekasih yang tiba setiap 14 Feb tidak pernah dianjurkan oleh Islam.



“Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam,” inilah kata putus Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia yang bersidang buat kali ke-71, hampir enam tahun yang lalu berkaitan Valentine Day.



“Islam tidak menolak apa sahaja yang baik yang datang dari Barat apatah lagi jika ia berkaitan dengan berkasih sayang,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.



“Kita menerima dan meraikan Hari Ibu dan Hari Bapa yang mengingatkan kasih sayang kepada ibu dan bapa kita,” katanya ketika merasmikan majlis pelancaran Kempen Awasi Jerat Valentine’s Day pada Jumaat.



Namun katanya Islam juga pada masa yang sama akan menolak sesuatu yang datang waima dari Timur sekalipun jika ia bertentangan dengan prinsip dan amalan agama Islam.



“Ia bukan persoalan atau isu asal tempat kedatangan sesuatu sambutan sesuatu perayaan dan keraian itu, tetapi amalan atau ritual yang dilakukan untuk merayakan hari-hari tertentu itu,” katanya.



Wan Mohamad berkata Islam bukan agama yang menyekat atau menghalang untuk penganutnya meluahkan kasih sayang tetapi apa yang disekat adalah perbuatan maksiat yang dilakukan semasa menyatakan kasih sayang itu.



“Jika kita kasih pada orang, itu bukan maksiat tetapi kalau kita adakan hubungan diluar pernikahan, itu maksiat. Itu bezanya,” ujarnya.



Katanya beliau yakin bukan sahaja Islam, agama lain juga meletakkan batasan dan etika yang perlu penganutnya patuhi.



Beliau berkata bagi Hari Valentine, meraikannya sangat jelas ia terarah kepada amalan maksiat.



“Itulah sebabnya fatwa dikeluarkan untuk menyekat dan menasihati orang Islam supaya tidak menyambut Hari Valentine dengan melihat dari segi sejarah dan realiti sekarang ini, di mana-mana pun ia sinonim dengan amalan maksiat,” katanya.



Sebagai perbandingan, Wan Mohamad berkata fatwa juga memutuskan sekiranya rakan bukan beragama Islam mengadakan majlis menyambut hari perayaan mereka, orang Islam boleh menghadirinya.



Namun jika majlis sosial itu menyajikan minuman beralkohol, “majlis itu sudah rosak dan kita tidak boleh hadir,” katanya.
“Kita juga boleh meraikan kawan kita yang meraikan hari perayaan agama mereka tetapi kita ditegah daripada terlibat dengan ritual agama itu sebab itu sudah masuk ke dalam isu akidah,” jelasnya.



Beliau berkata penjelasan juga perlu dibuat agar Islam tidak difitnah dengan mengatakan agama itu tidak boleh meraikan rakan bukan Islam yang meraikan Hari Natal, Hari Diwali, Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan sebagainya.



“Kita hanya tidak boleh terlibat dengan ritual ibadat agama lain. Acara sosial, kita berhimpun dengan mereka yang bukan Islam, itu tidak ada masalah.



“Pemimpin kita juga hadir majlis sebegitu. Malah Mufti-mufti kita hadir ke majlis jamuan teh yang dianjurkan oleh jiran yang menyambut Hari Natal,” katanya.



Pelancaran Kempen Awasi Jerat Hari Valentine tersebut adalah untuk mengajak umat Islam terutamanya golongan remaja supaya tidak meraikan sambutan Hari Kekasih Isnin ini.



“Islam menganjurkan umatnya supaya menjadikan jalinan kasih sayang sesuatu yang abadi. Ungkapan kasih sayang bukan seminit untuk sehari dan sehari untuk setahun. Ia adalah sepanjang hayat,” kata Wan Mohamad.



Sumber via :

1) http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-orang-islam-menyambut-perayaan-valentines-day

2) http://www.islam.gov.my/sites/default/files/elak_sambut_valentine.pdf

3) http://www.islam.gov.my/awas-jerat-valentines-day







Kesian pada anak muda yang sambut valentine sampai lupa diri lupa agama dan lupa maruah diri. Last-last bulan November depan berlambak-lambak bayi dalam tong sampah. Nauzubillah…

???? Alamak.. ~

Salam semua ..
Pa polah tek ?? ( tetiba nak cakap S'wak pula.. hehehe)

Ok.. Zue nak release tension nie..
Coz bulan nie Zue dilanda kebingungan ..
Aiihhh .. Bunyi jer cam banyak masalah kan ...

Sebenarnya .. bila dekat penghujung Februari nie ..
Zue akan menghadapi ujian bulanan di sekolah..
Baru pagi tadi, kawan Zue lekatkan jadual ujian kat dinding notis kat kelas..
Pergghhh !!!!!!! Buku ditangan Zue, segera dilepaskan..
Terus sergah kat notis..
Perkataan yang keluar dari mulut : "Waaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Tak sangka ujian bermula pada 29 Feb nie..
So, tinggal 2 minggu lagi lha nak buat preperation nie..
Adoyaiii!! Gila nak dibuatnya..
Sudahlah ditambah lagi problem nie..
Ye lha, next week nak ambil ujian MUET speaking..
Pergghhh.. memang dahsyat ..

Bak kata orang, jangan buat keja last minute..
Takut juga nanti bila dapat result dapat yang KO..
So.. Zue tak mau camtu..
Zue nak prepare awal2.. hehehehe..
Biarpun 2 minggu ..

Ok.. bye2.. :)

Aiyaa!!!

Salam semua...
Syukur tak terhingga kerana hari nie Zue dh langsaikan hutang Zue..
Oppss.. bukan duit!!!
Tapi...
Nota yang cikgu suruh Zue buat...
hehehe...

Ok, hari nie Zue nak share apa yangok  Zue tengok pagi tadi..
Yess.. pertunujukan pergaduhan pelajar secara live..
hahaha...
actually, Zue baru jer meronda kat kawasan pondok masa rehat...
so..
Zue pun hairan kawan Zue panggil samil cakap.. "ada orang gaduh!!!"

Dengan langkah yang membawa kelajuan yang agak laju.. (pe ke benda aku cakap nie??)
Zue terus pergi tengok diorang yang gaduh...
Mula2 panik juga nak tegur...
huhuhu..
Dengan lafaz Bismillah.. Zue terus cakap "jangan nak gaduh sini k.."
Ingatkan dah ok, rupa2nya masih berlanjutan episod tu..
nasib baik lah beberapa "hero" surprise datang.. hahaha..
So diorang tolong eraikan pergaduhan yang nak hampir menjadi tu..
aihh.. macam2 jer...

hehehe.. pe pun, harap2 pasnie diorang tak buat hal tu lagi erk...
bikin orang susah saja ma!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday 10 February 2012

MERENTAS DESA ...~

Salam semua...

Seperti dalam takwim sekolah Zue..
Hari nie hari merentas desa kat sekolah..
Semua pelajar diwajibkan menyertainya...
Zue tak join..
Nape????
Sebab Zue n kawan2 tolong cg2 kat sana..
Kan kami Form 6.. hehehe...

So..
Kami diberi tugas tertentu...
Zue,Benun,Edue...jaga checkpoint 1...
yg laen ada yang buat keja bahagian kecemasan.. garisan penamat..
mcm2 lagi lha...

Nak jadikan cerita...
Pagi tu.. Zue n Benun panik..
camna lha kami nak pergi ke chekpoint 1 tu...
coz jauh sangat2...
jadi, kami berdua pergi cari lha sesape sudi meminjam motor ker..
akhirnya cikgu kami tu yang kasi kami pinjam.. hehehe...

Kami berdua syok2 lah guna motor tu..
sampai kat checkpoint, kami g parking motor kat tepi jalan...
kami pun diberi tugasan iaitu memegang gelang tangan yg ada tulis checkpoint 1...
seronok tau... dapat tengok budak2 berlari...

dah lepas satu kerja... jadi kami berdua pun jalan2 ke checkpoint 2...
pnyalah susah nak sampai sebab guna skuter jer...
terpaksa slowkan motor tu...
tapi yang tak best jer,minyak motor tinggal abis so terpaksa berjimat kami nak berjalan...
dah samapi kat checkpoint 2, kami berehat kejap..
lepas tu, kami pergi trun balik..
masa tu, dah takde orang lagi masa kami balik...
kata Benun, kalau nak jimatkan minyak motor..
bila turun bukit jer , matikan enjin..
hahaha...
sepanjang perjalanan kami buat cmtu..
Zue terpaksa sorongkan motor tu guna kayu bendera.. hahaha...
lucu sangat...

akhirnya kami sampai kat checkpoint 1 balik.. hahahaha.. gembira sngt2..
hehehe... so kami pun berehat jap...
dah semua balik,kami berdua sempat menyibuk diri sebelum sampai ke sekolah...
dah sampai sekolah,kami berdua parking motor kat bangsal...
kami berdua singgah makan di kantin sebelum pergi ke dewan...

Jadi keputusan keseluruhan memihak kepada rumah sukan KENYALANG...
walaupun kecewa sebab rumah sukan HELANG kalah namun kami tetap bangga dengan semua pelajar SMKTU...
hehehehe...


Wednesday 8 February 2012

Very good!!!

Salam rabu dari Zue..

Zue nak tanya kat korang..
Ada ker x korang baca berita beberapa hari nie??
Kalau takde, Zue ingatkan balik k..
Kes pelajar2 ponteng disuruh baca Al-Quran tu..
Zue terkesima juga bila baca berita tu...

Tapi..
Zue sokong dengan cadangan itu...
Bukan apa..
Bila dah buat silap, kena perbetulkan keadaan..
Sudah pasti yang kena denda sedemikian dapat menghafaz Al-Quran..
Sekurang2nya dapat juga pahala buat diorang kan...

Papun, semoga ini dijadikan ikhtibar buat diorang lain..
Supaya mereka tak ulangi kesilapan lalu...
:)

Monday 6 February 2012

Gambaran Kesinambungan Cerpen PSM~

Salam semua...

Selepas berakhirnya Cerpen Pembunuhan Satu Malam tu..
Zue n kawan Zue terfikir camna nak buat kesinambungan cerita nie..
Ramai yang telah membaca cerita nie bertanyakan soalan2 emas :

a) Siapa lembaga hitam tu??
b) Bila nak buat kesinambungan cerita??

Pada mulanya, kawan Zue nak buat kesinambungan cerita tu ..
Dia nak hidupkan semula watak2 yang telah terkorban..
Zue bantahlah.. Tak nak hidupkan semua watak2 yang telah terkorban..

Tetiba,tercetus idea Zue..
Zue cakap "Kali ni biar aku pula ciptakan cerita baru.."
Dia just ON jer apa yang Zue cakap..

Yang pasti kali nie...
Zue bawa pembaca membongkar rahsia sebab lembaga hitam tu nak bunuh diorang dalam cerita tu..
Pembaca akan mendapat jawapan siapa lembaga hitam tu..
Adakah tu makhluk halus or manusia...

Cerita kesinambungan nie..
Membuatkan lebih tragis n diakhiri dengan air mata...
Waahhh.. kali nie guna tisu nak lap air mata tu nanti bila baca cerita nie.. hahahahaha..
Tajuk cerita????
Perlu ker nak tahu??
Hehehe... sabar ler k... :)

PSM (penghujung diakhiri cerita) ...


Elisa dan Deffeny berlari menuju ke blok pentadbiran..Akhirnya mereka melihat seseorang berpakaian serba hitam terkapai-kapai untuk bangun.. “Isa,lembaga hitam itu,”bisik Deffeny di telinga Elisa..Elisa menoleh kiri kanan dan ternampak serpihan kaca di tepi..Elisa mendapatkannya lalu menyerang orang itu…Akhirnya,orang tersebut terjatuh dan darah berlumuran di lantai..Deffeny terus memegang bahu Elisa dan senyuman terukir di wajahnya…


                                                       >>><<<


“Allahuakhbar..Allahuakhbar…” Azan Subuh berkumandang..Elisa dan Deffeny terjaga dari tidur…keletihan masih menguasai diri mereka..Tidak lama kemudian,sebuah kereta Proton Saga putih memecut turun bukit dan berhenti di depan pejabat Am..Lantas dua orang lelaki keluar dari perut kereta itu.. “Elisa..Deffeny!!apa yang telah berlaku?kenapa baju kamu berdua berdarah?”tanya Cikgu Faiz…Cikgu Firdaus melihat seseorang berbaju hitam terbaring di depan koperasi..Lantas,Cikgu Firdaus membuka topeng di muka orang tersebut… “Ya Allah!!!Faiz…Hafiz nie!!!”jerit Cikgu Firdaus..Cikgu Faiz,Elisa dan Deffeny berlari mendapatkan Cikgu Firdaus..Elisa terus memegang leher Cikgu Hafiz untuk memeriksa nadi.. “Cikgu,dia masih hidup..Telefon ambulans..”jawab Elisa..Deffeny menangis lalu berkata, “kami sangkakan lembaga hitam tapi cikgu rupanya…”


Jam menunjukkan 7 pagi..Ambulans,polis dan bomba datang mengerumuni sekitar sekolah…Pengetua dan guru2 lain turut hadir di situ..Pihak bomba membantu para doktor dan jururawat membawa mayat2 di depan pejabat Am..Elisa dan Deffeny memandang wajah2 mereka buat kali terakhir… “Nai,Joe,Edue,Grace,E’in,Roy,Fatin,Adrian,How Chuang,Tiew Sien,Ijan,A’am,Zue..Maafkan kami…”kata Deffeny sambil menangis…Cikgu Firdaus memeluk bahu Elisa..Dia menenangkan hati Elisa yang menangis meratapi rakan2nya yang terbunuh..Ibu bapa yang hadir menangis kerana tak sanggup melihat anak-anak mereka terkorban…


BERSAMBUNG ….


** DEFFENY DAN ELISA TELAH DIBAWA KE BALAI POLIS UNTUK MEMBERI KETERANGAN..SETELAH KEJADIAN BERLAKU,CIKGU HAFIZ TELAH MENINGGAL DUNIA APABILA SEMINGGU BERADA DI HOSPITAL..WALAUPUN KES TERSEBUT DITUTUP KERANA TIADA BUKTI,NAMUN PEMBUNUH MISTERI MASIH BERKELIARAN DI LUAR..SIAPAKAH PEMBUNUH MISTERI ITU?APAKAH SEBAB DIA INGIN MEMBUNUH PELAJAR2 TINGKATAN 6 RENDAH?TUNGGU SAMBUNGAN CERITA INI ERK!!!(P/S : MUNGKINKAH PEMBUNUH TERSEBUT BERADA DI SEBELAH ANDA SEKARANG?JAGA2,ADA YANG MEMERHATI……..)**


~cerita ini tiada kaitan antara hidup atau yang telah meninggal dunia..hanya sekadar rekaan dan mimpi semata2..minta maaf andai mengguris hati..~ 
                                  


[Idea asal : NORAZAM .. Pengubah idea : ZULAIKHA..]

:: Disebalik tabir pembikinan "PSM" ::

Salam semua ..

Zue ucapkan ribuan terima kasih kepada anda2 yang telah membaca cerpen PSM tu..
Mungkin mereka baca kat majalah TINTA or dari laman blog Zue sendiri..
Tapi,korang tentu nak tahu cmna terciptanya cerpen yang berunsurkan seram nie erk??
Ok,Zue nak kongsi cerita nie kat korang erk...

Cerpen ini merupakan mimpi yang agak ngeri dari sahabat Zue bernama A'am ..
Keesokan hari,dia kongsi mimpi yang dia alami kat Zue ..
Dia beritahu kat Zue, "ok ker x kalau mimpi nie kita jadikan cerpen?"
Zue pun cakap "mana2 jer lha.."
Dia kata kat Zue, dia taip kat laptop n Zue jadi guru bahasa dia untuk semak kesalahan ker..
Dengan semangat yg membara, 2 hari lepas tu dia terus bagi Zue tengok hasil cerita dia..
Zue pun cakap kat dia "boleh tak aku nak ubah sikit jalan cerita..biar kasi gempak sikit.."
Dia bagi green light kat Zue.. hehehe..
Pa lagi, Zue ubahlah sikit2 lah janji tak lari dari jalan cerita sebenar..
Dah siap,Zue kasi dia baca dulu..
Dia komen "wow..penuh tragis..seram jer aku baca.."

And,bila dah disemak n mendapat kepuasan dari pihak kami..
Kami berdua menghantar karya nie kat ketua editor majalah TINTA..
Lepas beberapa hari, kawan2 yang lain sibuk nak baca karya tu..
Ada yang bagi respon yg baik..
Syukur tak terhingga ..

Malah ada yang bertanya bagaimana kesinambungan cerpen ini..
Adakah lebih seram dari yang pertama..
Ada juga bertanya siapakah lembaga hitam yang dimaksudkan dalam cerpen tu..
Kami berdua hanya menjawab.. "Tunggulah majalah TINTA seterusnya.."



ini gambar Zue n sahabat Zue (A'am) ..
gambar nie diambil masa orientasi form 1 n 4 tahun nie.. :)

Aku Bosan~

Salam semua ...

Hari nie Zue mengisytiharkan yang Zue tak g sekolah..
Panas badan tak turun2 so Zue dibawa ke klinik pagi nie...
Terpaksa Zue makan 3 jenis ubat yang doktor suruh ...
Zue disuruh cuti 2 hari ...

Hurmm...
Sampai kat rumah jer..
Zue disuruh baring.. Zue tak tahu apa nak buat hari nie..
Bosan juga.. Jeles tengok kawan2 g sekolah..
Sedangkan Zue pulak,hanya baring jer...
Hrmmm...

Rindu pula rasanya nak pergi sekolah nie...
Semoga Zue cepat sembuh..
Amin ...


PSM(Part 5)


“Kita pergi ke bilik teknologi  sekarang juga…”kata Elisa..Zulaikha terus berhenti berlari…Elisa kaget melihat perlakuan Zulaikha.. “Kau sorang jer pergi ke sana..Aku tak sanggup tengok kawan2ku dibunuh..”kata Zulaikha sambil menangis teresak-esak…Elisa terus memegang bahu Zulaikha.. “Kau jangan cakap macam tu..aku tak sangka bala menimpa pada kita..apa yang penting,kita mesti selamatkan rakan2 kita dan lari dari sini..Jom,”pujuk Elisa..Zulaikha terus mengesat air matanya dan lari bersama-sama Elisa menuju ke bilik teknologi…


                                         >>><<<


Tak lama kemudian,Emelda tersedar dari pengsan..Dia terkejut melihat Grace dan Deffeny ada di sebelahnya dengan tangan dan kaki diikat..Kemudian,Emelda menendang kaki Grace dan Grace terus terbangun…Lantas,Emelda mengambil pisau di tepinya dan memotong tali yang diikat pada tangan 2 orang rakannya…Kemudian,Emelda mengejutkan Deffeny sementara Grace cuba memmbangunkan dirinya..Tiba2,pintu bilik tersebut ditendang dengan kuat..Kelihatan Elisa dan Zulaikha berada di depan mereka.. “Cepat keluar dari sini sebelum pembunuh itu datang..” arah Elisa..Kemudian,mereka semua lari dari stor… “Edue,apa yang telah berlaku?”tanya Zulaikha.. Emelda terus menceritakan apa yang berlaku pada dirinya sepanjang mereka berlari…Apabila sampai di courtyard,mereka terus berhenti… “Kita harus segera keluar dari sini..Takda jalan yang lain boleh selamatkan kita..”kata Elisa.. “Mana yang lain?”tanya Emelda.. “Mereka semua dah mati..”jawab Zulaikha dengan nada sedih.. “aku nak balik khemah..aku nak ambil dompetku..”kata Grace lalu berlalu di situ.. Mereka memanggil Grace namun tidak diendahkan… “Takpa,biar aku temankan dia..”jawab Emelda..Mereka menganggukkan kepala…




“Grace..tunggu jap…”jerit Emelda..Grace menoleh belakang dan alangkah terkejutnya melihat lembaga hitam berlari ke arah Emelda lalu membunuh Emelda menggunakan kapak…Grace menjerit lalu melarikan diri…Lantas dia menuju ke khemah untuk mengambil barangnya..Belum sempat dia beredar,lembaga hitam terus membunuhnya dari belakang menggunakan kapak…
“Ish,lamanya mereka nie..”rungut Zulaikha..Elisa dan Deffeny resah menanti rakan2nya…Tiba-tiba,Zulaikha melihat lembaga hitam berjalan menuju ke arah mereka.. “LLLLLAAAARRRRRIIIIII!!!!!!” jerit Zulaikha..Elisa,Deffeny,Zulaikha melarikan diri…
Deruan enjin motorsikal memecahkan kesunyian pagi itu..Cikgu Hafiz menoleh ke arah pondok pengawal keselamatan..Dia hairan melihat tiada sesiapa berada di sana..Kemudian,dia menunggang motornya menuruni bukit lalu berhenti di hadapan pejabat Am..Kemudian,dia menelefon rakannya.. “Helo,Faiz..Kau dah bangun ker?” “Hrmm..Pahal?” “Kau tolong pergi ke sekolah..Bawa si Firdaus sekali..” “Ok..”


                                       >>><<<


Zulaikha terus berhenti di bangsal motorsikal…Dia tercungap-cungap kerana berlari tanpa henti..Tiba-tiba,sebilah pisau terhunus di belakang..Lantas,dia terbaring lalu menoleh mukanya ke belakang…Lembaga hitam terus meninggalkannya…Dan Zulaikha terus bangun dengan sedaya upaya setelah lembaga hitam itu tiada di depan matanya…
Kemudian,Zulaikha terus berjalan perlahan-lahan ke blok pentadbiran dan melihat seseorang duduk di kerusi… “Ciikkkggguuuu!!!!!” jerit Zulaikha dengan nada lemah…Cikgu Hafiz menoleh tepi dan terkejut melihat Zulaikha bejalan perlahan..Cikgu Hafiz mendapatkan Zulaikha.. “Ya Allah,Zulaikha..Apa yang terjadi nie?Siapa yang buat awak macam nie?” “Cikguuu…Seelllaaammmaatttkkkaannn Ellliissaa ddaaannn Deeff…Seemmuuaa kkkaawwaannn dddaahhh ddiiibbuuunnnuuhhh…sssaaayyyaa tttaakkk tttaaahhhuuu  sssaappaa yyaannggg bbbuuuaattt ssseemmmuuaaa nnniieeee…cccceeepppaaattt llaaaarrriiikkkaaannn dddiiirrriii…”jawab Zulaikha dengan lemah..Cikgu Hafiz terkejut mendengar kenyataan Zulaikha.. “Cciikkggguuu..mmaaffkkaannn kkaammmiii sseemmuuaaa…ssaammmpppaaaiiikkkaannn ssaaalllaamm kkkaatt ciikkgguuu fffaaiiiizzz,,ccikkkggguuu fffiiirrddaauuusss..ddaannn llaaiinnn..Aallaahhh…”Zulaikha terus memejamkan matanya dan mati di depan Cikgu Hafiz..Cikgu Hafiz menelefon kawan2nya dan mengesat air matanya..Belum sempat menjawab panggilan,dia dipukul oleh lembaga hitam menggunakan tukul besi..Akhirnya,Cikgu Hafiz pengsan..Lembaga hitam terus mengheret badan Cikgu Hafiz dan dibawa ke depan koperasi lalu menyarungkan jaket hitamnya pada badan Cikgu Hafiz..kemudian,dia terpandang handphone di tangan Cikgu Hafiz..dan menjawab panggilan tersebut.. “Helo..Fiz,nape?Apahal tak angkat telefon?’’tanya Cikgu Faiz.. “Kawan kau dan murid2 kau telah ku hapuskan..Hahahahha…” Lembaga hitam menutup panggilan tersebut dan melarikan diri..

Khas buat geng2 yang ambil STPM tahun nie..

Salam semua..
Tadi, Zue sempat research kat internet pasal STPM..
So Zue nak share kat korang yer yang sama2 ambil STPM cam Zue tahun nie..

Sumber yang Zue dapat dari Majlis Peperiksaan Malaysia ...




Kat sini juga.. korang boleh semak MUET korang yang ambil bulan Mac nie.. :)