Aduyai Kawanku .. ~

Saturday 31 March 2012

JOm baca..

Sempena April... baca yer..


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.

Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakah april fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Sumber : Ar-Rifke

MTAQ ..

Salam semua.. Wahh.. penat betul aku hari nie.. ehehe.. sorry, lupa nak bagitau kat blog aku.. :) sebenarnya, minggu nie ada satu majlis terbesar yang diadakan di sekolah aku.. iaitu MTAQ (Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah baram.. so,sekolah aku dipilh sebagai penganjur .. apa lagi, khidmat kami2 nie yang diperlukan.. ^^ punyalah banyak tugas nak dibuat.. semuanya buat aku jadi bingung.. =.=

Dari hari Jumaat pagi, aku menolong menghias backdrop stage kat dewan sekolah.. ^^ kesian juga, tengok kawan perlukan pertolongan.. dah tu, cg aku pula nakkan khidmat kami untuk buat banner bagi minggu bahasa untuk next week.. aihh.. lagi buat kami spoil..

Ok.. Jadi, aku sempat juga tolong buat acuan perkataan tu.. adehh.. memang kelam kabut juga... ^^ k.. petang jumaat tu, aku sempat datang ke sekolah tolong cg2 lha.. lepas tu, aku sempat tolong kat bilik PA system.. ^^

Pagi nie, aku mengenakan baju kurung berwarna hijau.. hehehe... tiba aku di sekolah, semua tengok aku.. Errkk, pesal pulak nie??? huhuhuhu... aku terus menuju ke bilik mesyuarat.. kemudian, aku cakap "bagus keluar jer.. " kat kawan aku.. Dia angguk kepala... Kebetulan line clear.. Kitaorang pn keluar dengan senyap.. tetiba : "Haa.. Kat sini korang rupanya.. meh tolong cg.. " Aduhh.. Hancus2... Baru nak berniat pergi ke dewan, dah d suruh buat kerja.. Rupa2nya, cg tu suruh aku n kawan aku jadi juri penjaga masa bagi tilawah.. wow... seumur hidup aku, ini first time tau.. huhuhu.. xpe lha, dapat juga pengalaman..

Yang best, lepas jadi juri.. Aku pergi ke dewan.. kebetulan, aku terserempak dengan cg aku.. dia slumber cakap : "sorang macam YUNA.. sorang lagi cam NAJWA.. yang nie pulak (ditujukan kat aku) cam ANA RAFFALI.. " cheh.. cg nie.. saja jer nak sakitkan hati...hehehe.. aku toleh kiri.. woww... sorang lelaki.. pergghh.. memang class.. pakej ok.. wakaka.. bukan nak menggatai k.. :p

Ok.. Pastu, upacara penutupan.. Ada persembahan nasyid dari sekolah.. pulang tu,aku masih terserempak dia lagi.. warrgghhh... nak gila jer aku nie... hehehe... control jer lha...

nie photo :


Sunday 25 March 2012

Patutkah aku maafkan dia???

Salam semua.. Hari minggu nie sudah pasti nak siapkan diri dengan kerja2 yang tergendala.. Al maklumlah, esok kan semua nak pergi bekerja seperti biasa.. Macam aku pulak, sibuk nak updatekan aku punya note nie.. Ampeh tul.. tetiba jer cg aku nak tengok nota.. kelam kabut aku mengemis minta nota kat kawan.. alahai..

Oh yer.. Tadi aku log in FB aku.. ye lar. Saja2 jer nak tengok sape yang LIKE status aku kat FB.. hehehe.. ^^
Tetiba ada seorang hamba Allah nie .. (tak nak mention nama dia lha..) minta maaf kat aku.. Aku terkejut lha.. Selama nie aku langsung tak pedulikan dia.. Lagipun, dia dah buat aku merana n terluka dengan kata2 dia.. Kutuk aku, malukan aku.. Siapa tak sedih kan??

Walaupun kisah tu dah berlaku 2 tahun lalu, namun masih segar diingatan aku.. Tak mungkin aku lupakan bagaimana dia dah buat aku merana.. Hanya Allah tahu semuanya.. Aku kehilangan hampir semua rakan aku.. Aku dimalukan oleh kawan aku sendiri .. Tak cukup tu, aku dilabel "PERAMPAS" , "SYOK SENDIRI".. Aku bergaduh di sekolah demi mempertahankan maruah aku.. Aku bersabar dengan dugaan yang diberi.. Tiada siapa yang bantu aku pada masa itu..Hanya kawan baikku, adik angkat aku.. Mak angkat aku yang faham dan bantu aku.. Memang penuh duka dan tangisan.. Aku berdoa supaya aku diberi ketabahan dan kembalikan maruah aku yang bersih itu..

Namun, Allah maha pengasih pada hambaNya.. Akhirnya doaku dimakbulkan.. Aku diterima kawan2ku semula.. Aku dapat tersenyum semula.. Aku dapat segala2nya.. Biarpun aku belum dapat cinta aku yang aku kasih itu, namun aku redha jua.. Mungkin Allah memberikan yang lebih baik dari dia yang aku cinta..

Tapi.. mestikah aku maafkan dia?? aku bingung memikirkannya.. Berat rasa hati ini memaafkan dia.. Ya Allah .. Bantulah aku .. :'(

## dia adalah GF kepada orang yang aku sayang tu.. derr.. ##

Friday 23 March 2012

Ada bakat ker??

Salam berhari sabtu bua anda semua.. Apa khabar semua??? waahh.. hari ini merupakan cuti bagi korang .. so mesti ada plan nak bersama family.. Bagi aku, sudah tentu tergopoh gapah nak siapkan kerja sekolah... wakaka..

Ok lha, semalam aku post kt Fb aku yang aku ada buat karya sajak yang simple masa ujian pertama tu.. waahhh... memang berbakat lha aku nie... (puji diri sendiri..) aku buat tu pun time aku tengah tension nak jawab soalan.. masa tu, orang sedang sibuk jawab soalan.. daripada aku kacau orang, better aku buat sajak..

Aku guna perkataan yang senang difahami.. antara sajak2 yang aku buat : "Pena di waktu ujian" , "Hanya dirimu-buat dirimu :) si permata dusta" , "Bila Tamat Ujian"... Hehehe.. tercetus kreativiti aku.. Wakaka..
Saja nak buang boring.. Kalau kacau2 orang, nanti cg anggap aku nie nak meniru.. tak pasal2 dapat dimerit...

Haa.. begitulah aktiviti sampingan yang aku buat.. Amacam?? ok tak?? daripada meniru, baik kita luahkan kreativiti kita.. mana tahu dapat di asah bakat tu. :)

CINTA..

Salam sayang dari aku.. waahh.. bertambah sayang aku kat korang yang sudi membaca blog aku nie erk.. :)

Baiklah .. seperti yang telah dijangkakan.. ada benda nak di share kat blog kesayangan aku nie..
Aku nak citer pasal CINTA ... Waah, amazing!!! (ooppss.. terambil trademark orang.. hehehe).. Apesal la aku nak citer pasal nie?? hehehe.. ada sebabnya..

Bila sebut perkataan comel nie, aku boleh agak banyak definisi yang akan korang bagi.. huhuhu.. Kelas kau,jah!! hahaha.. ada yang cakap : "cinta ibarat kain putih.. kita nie yang akan mencoraknya.." ok.. itu definisi seorang anak tu.. adehh.. hampehh.. hehehe.. ada juga cakap : "cinta itu ibarat motor.. kau race sikit dapat tunjuk lagak kat highway.. mesti dicuci,kasi kilat punya.. kalau tak, memang jadi besi buruk.." itu cakap orang rock kapak...

Apa2 pun definisi korang lha, ada juga yang tak sedap di dengar.. BUTA CINTA.. haa.. inilah yang tak syok nie.. sebab cinta, boleh buat jadi gila.. waahh.. aku nie, mungkin boleh cakap banyak... bagi yang tak suka ayat aku, mesti cakap.. "ewh,kau tak pernah bercinta.. mana kau tahu sangat..!!" elo, aku nie puas bercinta, pasal tu aku berani nak cakap.. hahaha.. (manas na juak ewh-loghat S'wak..)

Macam kes kawan aku nie, sedih rasanya di hati bila dah terlampau obses bercinta, sanggup nak terbunuh diri tapi tak menjadi.. meninggikan suara kat parents.. hurmmm.. kesian kat dia.. tapi, aku sebagai rakan.. ak harap dia berubah n fikirkan masa depan yag jauh lebih elok..

Itulah yang aku agak kesal sikit.. Kita nie jangan terlampau mencintai sehingga lupa diri, keluarga n paling penting lupa Tuhan.. bercinta biarlah pada, jangan buat hidup kita terseksa kelak.. Tak salah kalau bercinta sebab Tuhan bagi perasaan tu kat kita.. supaya kita saling menyayangi antara satu sama lain.. tapi, zaman sekarang.. perasaan tu kita buat ke arah yang lebih teruk.. pastu buat diri terseksa, perut kempis jadi bulat. buang bila dah tak tahan malu.. ape jadi??? haa.. fikir2kan lah..

Betul kata ahli sejarawan, jika kita lupakan peristiwa lalu akan berulang balik juga.. itu yang kita tak nak.. mahu tak mahu, kita hadapi juga.. aku begitu sedih sangat2 kepada golongan belia yang sanggup buat camtu.. buatnya kita dilabel REMAJA TAK BERGUNA.. aihh... hurmmm...

Pepun, aku harap semoga kita dapat lakukan transformasi pada diri kita.. Tak salah bercinta, tapi berpada2..

Thursday 22 March 2012

Kenali ragam lelaki melalui 6 cara ..

^^ sumber : www.suarapeople.com ^^


Kenali Lelaki.. Kenali Ragam Mereka!


Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia utukk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga-jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan.


Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai Tuhan saja yang tahu! Yang penting hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asal sedap mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia kita. Kalau derita pung kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!


1. Lelaki Bersemangat


Bagaimana mengenali mereka:
Personaliti diri mereka dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya dengan begitu bersungguh-sungguh.


Maknanya:
Biarpun mereka ini sering keletiha ntapi sebenarnya mereka ini seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnbya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya dalam kerjayanya itu.


2. Lelaki Takut Komitmen


Bagaimana mengenali mereka:
Dia sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya susah tentu terdiri daripada gadis-gadis. Mengalahkan VIP pulak tu!


Maknanya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


3. Lelaki Anti Perempuan


Bagaimana mengenali mereka:
Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.


Maknanya:
Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa saja sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!


4. Lelaki Playboy


Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini seorang yang berpenampilan menarik dan uo to date. Biarpun kadangkala mereka itu taklah begitu kacak dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.


Maknanya:
Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidupsaja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteren!


5. Lelaki Tradisi


Bagaimana mengenali mereka:
Corak pemakaian mereka selalunya sederhana sahaja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatut soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.


Maknanya:
Bermakna dia ini mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.


6. Lelaki Korporat


Bagaimana mengenali mereka:
Selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa terdekat itu.


Maknanya:
Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan menjadi kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Jom baca sama2..

Haa.. Sedang aku dibuai dengan melayan facebook aku, aku pergilah research kat internet.. ada satu artikel yang buat aku tertarik.. jom kita baca sama2.. n semoga kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian.. ^^Simple tapi kalau nak cuba, jomlah.. ^^



Kebaikan Menjilat Jari Selepas Selesai Makan


Sudah menjadi amalan untuk setiap bagi kita menggunakan tangan sebagai anggota utama untuk menyuap makanan ketika menjamah setiap jenis makanan.


Malah, sudah selari dengan pandangan dan pemahaman budaya bagi setiap masyarakat di Malaysia, golongan Melayu lebih cenderung menggunakan tangan untuk makan berbanding menggunakan sudu dan garfu.


Namun, pasti antara kita sebenarnya tidak mengetahui tentang kelebihan dan kebaikan yang sebenar menggunakan jari ketika makan.


Di dalam agama Islam, Allah S.W.T telah memilih Rasulullah S.A.W untuk dijadikan model dan peranan kepada seluruh umatnya bagi mengikut segala amalan dan kebaikan yang dibawa oleh Rasul terakhir itu.


Antara perbuatan Rasulullah S.A.W yang menjadi sunah dan perlu diikuti tentang aspek etika diet dan tatacara pemakanan sihat Rasulullah ialah makan menggunakan jari dan menjilat jari setelah selesai makan.


Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang dari kalian makan, maka jilatlah jari-jarinya kerana dia tidak tahu di bahagian jari manakah keberkatan itu berada.” – Shahih Muslim; 2035.


Daripada Kaab bin Malik Radiallahhuanhu berkata, “Aku telah melihat Rasullullah S.A.W sedang makan dengan tiga jari, maka apabila selesai, Rasullullah menjilat jarinya.”


Mengikut sunah Rasulullah, baginda sering makan menggunakan tiga jari dan pasti akan menjilat jarinya selepas selesai menjamah makanan kerana pada hakikatnya, setiap jari itu mengandungi enzim dan asid yang membantu menghadam makanan.


Malah, kenyataan itu juga turut diperakui oleh pengkaji saintifik yang mengesahkan jari-jari kita mempunyai asid dan enzim juga sejenis cecair yang memudahkan proses pembuangan dan dapat menyembuhkan penyakit sembelit.


Amalan itu sudah lama diamalkan oleh Rasulullah dan masih lagi digalakkan kepada umatnya walaupun sudah hampir lebih dari 1,400 tahun amalan sunat itu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita meskipun ramai di antara kita memandang enteng perkara seperti ini.


Asid dan bahan kimia yang terdapat di jari kita sememangnya mempunyai fungsinya sendiri. Sebagai contoh, ibu bapa kita tidak menggalakkan kita mengambil makanan dengan menggunakan tangan atau jari. Sebaliknya, kita harus menggunakan sudu kerana makanan akan cepat basi akibat tindak balas asid dan enzim di jari kita.


Begitu jugalah proses pencernaan akan berlaku dalam perut kita sekiranya kita mengamalkan sunah yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.


Islam itu adalah agama yang terlalu mudah untuk diamalkan oleh umatnya dan setiap perkara yang dibawa dan diajar oleh Rasulullah S.A.W itu mempunyai maksud dan manfaat yang tersirat yang terkadang itu tidak terjangkau oleh pemikiran manusia lain.


Marilah kita sama-sama amalkan didikan dan sunah terbaik ini sebagai cara hidup yang terbaik dalam tingkah laku seharian baik di dalam perilaku kita atau pun hal berkaitan dengan pemakanan.

Sedih bercampur gumbira.. pe kess??

Salam semua .. Wahh!! ape citer ri nie?? ish2.. aku pula sibuk bertanya.. hehehe...

Baiklah, aku pula nak mulakan story hari nie.. ye lha, kan ini blog aku.. so aku yang bermadah ...
Masa di sekolah tu, aku rasa hepi sikit lha.. bila semua exam paper dah dikeluarkan sepenuhnya... untuk subjek Perniagaan, hanya sekadar mendpat 59% jer.. tu pun beza satu mata dengan rakan cina kat kelas tu.. dia dapat 60% ... So, untuk keseluruhan.. aku mendapat mengekalkan kedudukanku di kelas.. Syukur alhamdulillah... tapi, aku tetap tak dapat senyum lebar.. bayangkan,pointer aku cuma dapat 1.66 jer??? Ya Allah, malunya aku.. dah lha pointer tu memang tak layak dapat masuk U tau.. hrmmm.. sedih sangat2 tau... rasa nak GIVE UP jer kat form 6 nie...

Tadi, aku nak beli no pin kat BSN coz nak try apply maktab.. abang2 aku setuju n menggalakkan aku try2 lha.. mana lha tahu dapat rezeki ker.. aku ada ask kat mum kalau dia izinkan aku untuk beli no pin tu... n mum say : " Mum izinkan kalau nak beli  no tu.. tapi, takkan nak tinggalkan tingkatan 6 gitu jer?? sayang tau.. bagus fikir betul2.. habiskan pengajian tu.. usaha baik2 baru dapat apply mana2 yang kamu nak.. " Hurmm.. pilu rasa dengar mum cakap camtu.. ye lha, aku setuju juga cakap mum yang aku dah sia2kan hidup aku kat form 6.. tetiba nak hentikan gitu jer.. hurmm.... p aku ada kurang setuju juga.. ye lha, aku dah kecewa bha.. dengan perkataan GIVE UP terus menular di fikiran nie... hurmm...

Pe pun aku kena fikir masak2.. berhenti atau terus mendaki??? aihh.. pening kepala memikirkannya.. Ya Allah,bagilah aku petunjuk... semoga ada hikmah di sebalik semua ini.. Amin.. :(

Wednesday 21 March 2012

Aku dah tukar derr..

Salam buat korang semua!! Haa.. masih melayari internet lagi??
Hehehe.. Teruskan melayari yang elok2 yer...

Baiklah.. Mesti tertanya-tanya, mana pergi e-mail yang selalu aku guna untuk updatekan status di blog nie?? Haa.. nak beritahu la nie.. Aku tukarkan nama kat e-mail tu.. So, korang nak buka blog nie just taip : ezleyofficaldiary.blogspot.com.. haa.. jangan tersilap taip pula...

Satu lagi, aku dah tukar nama blog nie.. dari ::Diari Zue Ezley:: bertukar menjadi ^^Belog Di Hujung Kaki^^ .. aik?? nape ku tukar2 nie.. hehehe.. macam orang lain, aku nak tukar selera ler.. asyik guna nama camtu jer.. aku tukar ler.. saja jer, biar aku dapat perluaskan apa yang tercatat di blog kesayangan aku.. <3

Kosong..

Haa.. mari layan lagu dari adik Najwa (hehehe.. adik lha pulak!!!)


Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar

Oo Oo
Kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku kosong kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong kosong

Oo Ooo

Kelasss korang!!! Tahniah buat adik2 SPM :)

Salam semua.. Wahhh!!! Sibuk2 jer nak menulis blog nie.. Hahaha...

Sebelum tu, nak congrate kat adik2 di seluruh Malaysia nie yang dapat keputusan tergempak,terbaek dalam SPM untuk hari nie.. Waa, kelas korang!!! Ada yang dapat straight A, ada yang dapat sikit A.. wow,ok tu dik!! bersyukurlah yer,pat keputusan dri usaha korang... dan berkat restu dari family n guru.. haa,ingat tu!! tanpa restu diorang,takkan berjaya lha kita.. (hehehe.. nasihtkan orang erk..)

Bagi adik2 SMKTU amik SPM tu, wooww.... tak sangka erk.. korang dapat keputusan terbaik dari kitaorang yang badge yang agak power nie. (hehehe..puji melambung2 yer..) paling tergempak, ada juga 4 orang budak melayu yang dapat keputusan yang terbaik.. Syabas korang!!! Tersenyum2 kami nie, sekurang2nya ada juga yang terbaik dari kaum melayu.. Haa... selalunya budak2 melayu nie malas lha, tapi ada yang cemerlang.. hehehe.. Aku sempat juga menyibukkan diri tengok keputusan tadi.. hehehe.. kebtulan, cg Azmizan n cg Effa minta tolong agihkan majalah sekolah untuk diorang yang amik keputusan SPM tadi.. apa lagi,aku cepat2 tengok lha sapa dapat straight A tu.. Memang agak der, budak Cina dari aliran Sn yang dapat.. hehehe.. tapi, memang dapat dibanggakan sebab paling rendah pun dapat 4A ke atas yang cemerlang.. selebihnya, hurmmm.. faham2 ler yer.. Ada muka frust,muka slumber,muka gembira.. hahaha... macam2 reaksi diorang erk..

Yang paling buat aku terkejut, budak yang tak ditargetkan lulus , dapa lulus yang hebat.. macam sorang budak nie, muka yang selalu dianggap malas... dapat 2A 6B 1D.. ok lha tu.. ada juga budak2 yang selalu bikin masalah kat sekolah dapat keputusan yang ok juga.. haa,syukurlah!!! tepat dengan motto yang pernah aku cipta dulu.. "biar malas,asal otak OK!!" . bagus juga motto tu erk... hehehe...

Pepun,aku ucapkan sekali lagi TAHNIAH untuk korang sume.. amiklah peluang belajar yang disediakan untuk anda.. amiklah bidang yang diminati.. semoga korang akan menyambung generasi yang ada untuk bangunkan negara... Applauded!!!(tepuk tangan beramai2).. :)

Tuesday 20 March 2012

Kebingungan dalam keresahan..

Aku nak citer kat korang .. Aku sekarang bingung tau.. Si dia tu, tetiba tanya soalan buat aku kelu nak jawab...

Bermula kisah...

Kebetulan. tetiba rasa rindu datang.. aku mesej kat dia.. saje nak tanya kabar.. dia balas lha.. cakap "sorie sebab tak balas mesej lama nie.. saya masih marah.. cuma terkenangkan awak,saya lupakan ajer.."
Ok jugak lha tu.. berertinya dia dah maafkan aku..yess!!! bling2 jer mata nie...
Tetiba dia tanya.. "Awak nak tak jadi GIRLFRIEND saya??" hahh?? dia mula ungkit balik soalan tu.. adohh.. penat nak jawab nie.. aku balas camnie: "Susah nak cakap.." (memang aku blur masa nie).. dia jawab: "tak susahnya.." n dia jawab lagi.. "takut nak kapel dengan saya or parents awak??" Alamak.. nape pulak nie... aku kan tetap pilih yang no 2 tu... hurmmm... aku jawab.. "saya takut saya tak setia nanti.. tak nak buat awak terluka.. tu jer.." (sebenarnya.. aku belum ready nak kapel lagi... banyak faktornya.. salah satunya, mum aku cakap yang selagi aku nie berstatus pelajar,aku mesti abiskan belajar baru nak fikir berkapel... lagi satu, aku nie nak mencari cinta yang sebenar.. aku masih menutup hati nie kat sape2 dulu..)... dengan selambe dia cakap : "nape cakap camtu.. sebab awak suka banyak kapel.. saya tahu,dari cara awak mesej saya... n banyak citer pasal awak ,saya tahu.." aik.. bila masa pulak??hiss... sapa lha yang cakap2 pasal aku nie erk... "saya tahu,awak memang suka banyak kapel.. saya tahu sebab banyak citer pasal awak.. tapi saya tak percaya semua tu..saya percayakan awak tapi awak susah sangat nak cakap benar.." (ok, memang dulu aku nie berperangai playgirl.. tapi aku tetap setia jugak.. masa aku menengah rendah, aku berkapel juga.. aku tak ketatkan kebebasan kapel aku.. tapi aku juga terluka.. sekarang, aku takut nak bercinta lagi...sebab takut terluka..)
tapi.. satu ayat yang buat aku trkesima sikit bila dia cakap.. "entah2 awak yang tak setia.." sape cakap aku tak setia?? aku dah puas bagi kesetiaan kat cinta tapi last2 aku pula yang terluka... hurmmm...

tu jer aku dapat kongsi.. tapi apa yang aku dapat cakap.. aku susah nak terima dia sebagai kapel aku.. sebab aku belum bersedia lagi biarpun aku nak berkapel.. walau apapun,aku sayang kat kamu... itu jer aku dapat cakap... :)

OMG!!! Tenangkan jiwa,Zue..

Salam manis dari aku.. Waahhh.. nampak geembira jer aku nie kan.. Hehehehe.. Boleh senyum lebar sikit lha sebab aku dapat markah yang ok lha dalam BM kertas 1 yang boleh bantu aku.. huhuhuhu.. syukur tak terkata.. Terer kau,Jah!!! hehehe..

Pepun, aku tetap tertewas juga kat kawan cina aku.. Huhuhu.. Cg cakap kat aku, "kau punya mistake kat karangan tu.. kalau tak, memang ok markah kau tu.." Huhuhu.. Takpe lha,cg.. aku redha jer lha... dah tu yang aku mampu usahakan.. terima jer lha,cik oii....

Yang aku nerves lha, paper Perniagaan aku tu.. entah2 pas ker tak?? Setakat nie, kertas 1 aku dapat 53% jer.. harap2 kertas 2 nie, aku dapat ok lagi.. dapat selamatkan pointer aku sekarang yang tak samapi2 pointer 2.. aisehh.. teruk sangat dah aku nie.. tak pernah terfikir langsung bha... spoil sangat..

Untuk hari nie, aku rasa tertekan dengan markah yang aku dapat.. bukan nak riak lha, tapi aku tak pas hati dengan markah ujian kali nie.. terlalu teruk sangat sampai nak hembus nafas kat dada nie tau.. (uiks.. bukan sakit asma k.) Camner aku nak kasi paper tu kat mum aku?? OMG!!! malu sungguh..

Kebetulan petang tadi, aku pergi library dengan geng.. Kononnya, nak menelaah lha kat sana.. Pulak tu, terserempak kawan lama.. Jadi, bertanyakan pointer dia dapat kat sana.. Dia dapat pointer 2 ke atas.. Wooww... nak ternganga mulut nie.. Hisshhh.. malu nak kasi tahu kat dia pointer aku tu.. bikin malu ajer lha...

P, tu semua adalah cubaan yang perlu ku hadapi.. biarpun sakit, tapi aku tetap bersyukur juga.. sekurang2nya aku tak gagal.. biarpun pointer rendah, tapi yha satu cabaran supaya aku berazam pat bangkit semula.. betul tak?? (angguk kepala..) hehehe.. practice make perfect <--- bak kata Cikgu Muet aku der...

Monday 19 March 2012

Pesanan adek2 SPM 2011

<< PERHATIAN BUAT ADEK2 SPM 2011 >>

Aku nak kasi info lha... korang yang bekas pelajar SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TELANG USAN MARUDI .. (hermmm.. sekolah aku juga tu..), nak bagitau lha ...

1) Permohonan PISPM (Maktab Perguruan) akan dibuka pd 22 Mac...
So,boleh lah membeli no.pin d Bank BSN nnt k...
Then,apply d web moe...

2) keputusan spm korang boleh ambik pada 21 mac ni at our dewan around 9am..di samping tu,UBK akan mengadakan pameran brosur kemasukan ke IPTA & IPTS

3) permohonan ke maktab perguruan dibuka mulai 22mac sehingga 5april 2012..so sila layari laman web moe,beli no pin di bank BSN..

Tu jer pesanan dari cg Effa .. Aku just inform jer.. :)

Pergghhh!!! Spoil ..

Salam semua ..
Hari nie aku terkesima bila dapat exam result tadi...
Wahhhh!!!!!!!! gempak giller... hehehe.. bukan cemerlang p KO!!!

First, boleh gumbira lha bila aku dapat Pengajian Am tinggi bagi kertas 1..Bila dapat kertas 2, terus spoil muka aku.. Pergghh!!! padan muka aku tau.. gara2 graf aku tak berwarna, drop terus markah aku...
Itu ok lagi lah.. Tapi, bila dapat Sejarah punya paper, what???!!!! nape dapat markah camnie?? 45% n 44% jer??? OMG.. teruk giller beb.. aku rasa macam nak terjatuh jer (chewahhh..) Ye lha.. korang bayangkan, aku nie punyalah banyak explain tul2 kat kertas jawapan tu, dapat yang markah spoil camtu??? huhuhuhu.. sedih tau...

Yang buat aku terkejut ialah markah kertas 2 BM aku.. Haaahhhh???!!! dapat 46% jer?? biar betul.. yang paling aku terasa hina, hehehe.. bila karangan aku banyak dipotong.. mak oiii!!! teruk sangat ker tu??? hrmmm... sedih tau... apesal aku dapat tamparan hebat?? belum lagi kertas 1 n Perniagaan lagi.. alamak!! terkantoi aku kali nie...

Tapi, aku redhakan ajer semua tu.. dah tu yang aku dapat masa study punya last minute.. huhuhu.. memang sedih sangat.. aku tak tahu lha, mungkin sebab aku tak belajar betul2 kot.. huhuhu.. takpe lha, aku kan buat yang lebih baik lagi.. Insya Allah .. >.<

Saturday 17 March 2012

Penat berjalan..

Salam manis tanpa perencah .. Hahaha...

Alhamdulillah .. Setelah 3 hari 2 malam menempuh bandar Miri, akhirnya semalam aku sampai kat tanah air .. hahahaha.. penat tak terasa kt badan nie..

3 hari 2 malam erk.. aku dapat bershopping walaupun aku banyak terfikir borong abis-abisan.. p kena tengok bajet jugak.. hehehe..

Syukur jugak.. tercapai hajat nak beli gajet baru.. ye lar.. dari dulu, aku teringin ada sendiri.. bak kata pepatah, "bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. " dapat den(loghat N9) beli juger dengan duit sendiri..
Dalam pada tu, aku sempat cuci mata dengan barang2 jenama kat sana.. fuhh.. puas memandang, tapi simpan niat jer lha kot2 dapat jugak kan...

Pe pun, belanja sakan aku kat sana.. hehehehe... >.<

Tuesday 13 March 2012

Yeppi...

Salam...
Aku happy sebab esok aku g miri..
Wasehh!!! Apa macam??? Mimpi ker aku nie???
Ewh.. memang betul pun.. Actually, semalam abang aku cakap, yang dia bawa aku g miri..
Langkah kanan seribu pula yer... Hahahaha...

Alahai.. G miri nie pun sebab nak gunakan baucer buku 1 m'sia tu...
And aku nak beli barang keperluan jer...
Malas nak membazir duit nie... bukan duit aku pun... huhuhuhu..

By the way, esok naik ekspress kol 8.30 pagi..
Abang aku dah ingatkan aku banyak kali... Kalau boleh, satu hari beribu2 kali dia ingatkan aku...
Ye lha tu... macam aku nie pelupa sangat...

hehehe... sepanjang g miri, mybe aku tak updatekan status aku kat blog n fb..
so, balik dari miri aku share citer aku kat blog nie k...
Insya Allah... :)

Hehehe.. thanks awak..

Salam bertemu lagi...

Hehehe... Alhamdulillah ... Aku bersyukur sangat2...
Dia dah maafkan aku...
Pe?? Nak ulang lagi yer....

D I A  D A H  M A A F K A N  A K U ! ! !

So, aku rasa lega lha.. dia dah memaafkan segala kesalahan aku kat dia..
Lepas nie aku dah tak rase sedih lagi.. dapat juga aku contact dia cam selalu...
hehehe... gumbira sangat2 tau.. sampai tak terkata ..

Dear awak ...
Thanks so much dah maafkan saya .. Jujur saya katakan, awak dah buat jiwa saya tenang semula...
Sayang awak sangat2... Muahhh...

<< He's not my bf k.. Just friend jer.. jangan nak pikiaq(cakap Utara puler) pelik2 k.. >>

:(

Salam semua...
Aku betul2 kecewa semalam tau... entah lah.. kali nie aku mengalirkn air mata buat satu hari...
Kembang habis mataku tau...

Kelmarin tu... aku betul2 kecil hati kat diorang.. aku dah macam hilang semangat..
Semalaman aku fikir camne aku nak buat diorang faham tentang aku...
Mungkin sebab aku berstatus pelajar.. belum mampu beli barang menggunakan duit...
Aku belum bekerja.. gaji pun tiap2 hari ibu yang kasi...
Kenape??? kejam sungguh...

Tapi.. aku sedar.. aku masih belum mengerti semuanya...
Aku masih banyak belajar lagi erti kedewasaan.. Korang jangan kutuk aku...
Aku punya perasaan.. aku tak nak melawan... sebab aku kalau dah hilang sabar.. aku kan mengamuk semuanya...
Namun.. aku berdiam diri.. sabar jer ...
Sebab .. aku cuma manusia yang lemah.. mampu mengalirkan air mata...
Demi menjaga kehormatan korang .. aku pasrah jer...

:( i'm so sad right now.... ~

Sunday 11 March 2012

Agnes Monica-Rindu

Lagu nie memang best .. aku bagi 10 stars!!!!


selama aku mencari, selama aku menanti
bayang-bayangmu di batas senja
matahari membakar rinduku
ku melayang terbang tinggi

bersama mega-mega, menembus dinding waktu
ku terbaring dan pejamkan mata
dalam hati ku panggil namamu
semoga saja kau dengar dan merasakan

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata aku cinta padamu

peluhku berjatuhan, menikmati sentuhan
perasaan yang teramat dalam
telah kau bawa segala yang ku punya
rindu ini telah sekian lama terpendam

getaran di hatiku yang lama haus akan belaianmu
seperti saat dulu saat-saat pertama
kau dekap dan kau kecup bibir ini
dan kau bisikkan kata-kata yeah aku cinta
kepadamu ooh kepadamu ooh

Muet lagi!!

*.*.*.*.* 3 MAC 2012 .*.*.*.*.*

Wahh!!! Macam tarikh orang nak nikah jer...
Hehehe..
Tapi bagi aku, tarikh nie adalah tarikh penamat bagi aku yang amik Muet exam..
Hahaha... 

Pagi tu.. kebetulan ada sesi persekolahan bagi menggantikan cuti ritu..
So, semua orang bersekolah..
Aku datang ke sekolah tanpa mengenakan blazer..
Semua pelajar termasuk cg memandang aku..
Aku pun hairan nape semua orang nie tengok aku camtu..

Orang pertama tegur aku pasal penampiln aku ialah.. Huzaimah..
Alasan aku : Blazer basah...
Orang seterusnya bertanyakan soalan yang sama..
Aku jawab dengan ayat yang sama..
N cg Faizal pula tanya soalan yang sama n berserta ayat tambahan ..
"Kau nie macam dah nak pencen jer.."
Aku membalas dengan senyuman..

Pagi b4 exam.. aku sempat lepak kat kantin..
Bagi nak hilangkan gugup ... hehehe
So, geng2 cg tu sempat mengganggu suasana jer..
Ish2...

Tepat jam 7.45 pagi.. 
Kami berjalan menuju ke bilik bahasa cina...
Pergghhh.... tengok2 dua orang pengawas yang jaga kami tu orang len...

Sepanjang exam tu...
Aku dapat komen :
Reading - ada susah sikit.. kebanyakan petikan berkaitan sains...
Listening - pergghh... slow sangat rakaman suara tu..
Writing - jadual n pasal pendidikan...

Pa pun, aku berdoa supaya aku dapat band 3..
Amin .. doa2kan aku yer.. :)

Heppy Sangat .. :)

Salam semua...

Aku nak share lha ape yang berlaku masa aku tak online ritu...

Hehehe... Beberapa hari yang lalu...
Kat sini ada program berlangsung di Surau kpg Narum...
Macam2 aktiviti diadakan..
Yang tak syoknyer...
Aku tak dapat mengaktifkan diri sendiri..
Kebetulan pulak aku tengah berperang dengan exam..

Tapi satu malam tu,kebetulan malam penutupan...
So, aku join pegi sana dari rumah ke sana..
Malam tu ada jemputan penceramah dari Semenanjung...
Oh .. malam tu tak sabar lah nak tahu sape lha sudi nak bagi ceramah tu...

Rupa2nya .. seorang ustazah...
Namanya Yang Berbahagia Ustazah Zawiyah Bt Hassan ..
Alar.. yang jadi mudirah untuk Ustazah Pilihan kat Astro Oasis tu...
Haa.. dia lha tu... (baru nak angguk kepala..)

Ustazah tu kasi ceramah pasal tema Maulidur Rasul...
"I Love You, Ya Rasulullah ..." itulah tajuk ceramah malam tu..
Aku terhibur juga dengar beliau bagi ceramah...
Sampai tak toleh kiri kanan tau..
Hehehe... :)

Paling tersentuh hati nie..
Bila beliau cakap, "Rasulullah tidak makan 2 jenis makanan dalam satu hari.. Rasulullah menyukai hidup sederhana.. "
Aku sempat berfikir .. Kita patut bersyukur dengan kehidupan sekarang ..
Kemewahan di sekililing... Huhuhu...

Pe pun, aku sempat berjumpa dan berbual dengan beliau..
Waahhh!!! Kelas kau Jah!!! Hehehe..
Aku pun rasa seronok dapat bertanya soal agama dengan beliau..
Tapi sayangnya aku tak sempat bergambar dengannya..
Seolah-olah baru bersua lima minit jer...

Yang penting aku dah terhibur di hati nie..
Hehehe.. Thanks yer, Ustazah!!
:)

nie ganbar ustazah tu..
yang guna tudung warna ungu...
:)

Saturday 10 March 2012

Hitam ke Puteh .. :)

Waa.. jeng2...
blog aku dah berubah...
dari hitam jadi putih cam gini..
syok jer Zue tengok... :)

so.. mulai saat nie...
diri nie nak bahaskan dari "Zue" jadi "aku" ..
baru senang nak taip erk..
:)

Thursday 8 March 2012

I'm back!!!

Salam semua...
Hahaha... terubat jua rindu nie...
lama tak berborak kat blog kesayangan Zue nie..

Zue ada masalah yang dihadapi...
Pertama ...
Broadband lum bayar...
Hehehe.. ingatkan rosak pulak...

n masalah kedua...
Zue busy dengan belajar untuk exam yang pertama nie...
hehehe...

pe pun.. Zue rindu kat blog Zue...
ye lha.. blog nie dah cam diari hidup Zue... :)