Aduyai Kawanku .. ~

Thursday 12 April 2012

.. Layan2 lagu nie.. <3 ..


Sakura -Adira

Masih terbayang waktu itu
Bunga gugur di depanku
Kau mengajarku ia mekar
Segelintir detik sahaja...

Masihku ingat sedih teramat
Tak mengerti ia pergi...
Hidup terindah bersudahnya ringkas
Musim yang berubah begitulah...

Kisah di pohon sakura
Kenangan yang ku semadi
Sebelum semuanya berakhir...

Mengapa...mengapa ku di sini
Berapa...berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya...

Siapa...siapa yang memanggil
Di manakah dikau yang mencari
Selama menanti
Menanti di ufuk ini...

Katamu aku curang padamu
Tak berhati mungkir janji
Memang hidupku tercipta untukmu
Hanya seketika sementara...

Pastinya bagai sakura
Janjiku harus tepati
Masa ku bersamamu berakhir...

Sakitnya menerima nasibku denganmu
Kitalah yang terpisah
Dunia yang berbeza
Walau depan mata kau
Tak dapat lihatku sentuh aku
Ku hanya mampu bermimpi
Yang kau temui alam ini

Mengapa...mengapa ku di sini
Berapa...berapa lama lagi
Aku menunggu dibelenggu
Pagar pelukannya...
Siapa...siapa yang memanggil
Di mana kah dikau yang mencari
Masa ditempuhi
Lamanya menanti
Selama menanti
Menanti di ufuk ini...

Cerita aku..

Salam semua... Ape kbar dunia blog?? hehehe...

Masih di alam realiti, aku masih rindukan nak berblog di sini.. so far, aku memang bz dengan tugasan sekolah yang patut aku settlekan..hehehe....
Dalam kesibukan tu, aku dapat mencorak segala citer kehidupan.. hurmm...

^^ ... ~ Love story ~

Dalam kebingungan.. aku menemui cinta .. waahh... menamatkan zaman bujang jer.. hihihi.. tak sangka dia memanggil aku dengan nama manja .. rupa2nya dia mengambil serius menjadi kapel aku.. OMG!! aku terima cintanya jua.. Selama kami kapel, memang bahagia lha.. Dia caring.. aku hargai semua yha.. namun, mungkin dia bukan jodohku.. kami berpisah dengan usia hubungan 4 hari.. hurmm.. aku melepaskannya sebab2 tertentu.. aku redha... namun, aku sangkakan dia menerima maafku dan kebenaran.. namun ditepis semuanya.. air mata nie gugur di pipi.. aku tabah.. aku doakan semoga dia bisa menerima semuanya...

^^ ... ~ Tekad.. Niat di jiwa ~

Aku semakin bingung lha.. Bayangkan, aku dihantui dengan STPM.. OMG!! ibarat menjerat leher aku.. Aku nak melangkah kaki di U.. tak mungkin impian aku dipersiakan.. So, dengan lafaz Bismillah.. Kemugkinan aku akan STOP berFB dan berBlog buat masa ini.. Insya Allah, aku akan isytiharkan bila aku nak STOP.. aku akan maklumkan kepada anda semua.. :) demi kebaikan dan masa depan aku juga.. terpaksa aku berrkorban.. huhuhuhu...

^^ ... ~ Kemuncak di ambang realiti ~

Alhamdulillah... Sekarang, aku sibuk menyiapkan satu pelan terbesar sempena Hari Guru peringkat sekolah yang dianjurkan Lembaga Pemimpin Pelajar 201/12.. inilah satu majlis yang mempunyai cabaran besar.. kerana kamilah yang akan organise semuanya.. berdasarkan proposal dirancang, aku cuba nak segala dirancang menjadi kenyataan.. dari pengundian bagi 4 anugerah disediakan hinggalah ke belakang tabir.. semuanya tersusun rapi bagi menghasilkan yang terbaik.. ini merupakan hadiah teristimewa dan terakhir dari kami.. Doakan kami agar dapat merealisasikan impian nie.. Aminnn... <3 Insya Allah, hasilnya nanti akan aku kongsikan buat korang....

^^ ....~ Teruskan perjuangan ~

Dugaan datang lagi... Ya, kala aku penat mendaki, ada jer yang saja nak suruh aku turun balik.. Kawan2 sibuk nak hebohkan pasal nak suruh apply maktab ler.. aduhh... rasa menyesal tumbuh di minda nie... ibarat labah2 menyiarap di kaki jer.. saja nak psiko aku... hurmmm... malam tu, aku bertenang.. aku cuba fokuskan tujuan asal aku.. aku nak belajar di U.. aku nak ambil bidang yang aku nak... malam tu, aku berdoa dan tidur supaya semua tu hanyalah mimpi sahaja.. takkan aku nak patah balik bila aku berada di landasan sekarang?? aku harus teruskan perjauangan nie sehingga habis-habisan.. ini janji aku... <3

^^ ... ~ Kau hadir kala aku terluka~

Masa aku dalam kebingungan lepas aku break off.. seorang insan nie hadir dalam hidup aku.. Dia nie yang selalu bagi aku sokongan.. Aku lega sebab ada masih yang sanggup menyokong aku dalam aku masih terluka.. Dia banyak share problem denganku dan begitu aku.. Dalam masa itu, aku dan dia cuba mengenali diri masing2.. Aku selesa berkawan dengan dia... Hope kamu still bersama di sisi ini.. <3 thankz..

# Tu jer aku dapat share kat korang... Harap kita sama2 dapat menjalani kehidupan kita dengan hati yang gembira... "To be successful in love, u must success in education and life management.. " #

Saturday 31 March 2012

JOm baca..

Sempena April... baca yer..


April fool iaitu 1 april biasanya disambut oleh seluruh manusia di dunia ini yang pada zahirnya beranggapan hari april fool ialah hari untuk mengenakan rakan-rakan atau keluarga. Hari April fool ini sepertinya hari perayaan syaitan dan iblis kerana hari ini seluruh umat manusia menghalalkan apa yang diharamkan iaitu MENIPU dan BERGURAU MELEBIHI BATAS.

Tidak dinafikan bergurau( dalam konteks positif dan tiada unsur penipuan dan seumpamanya) adalah tidak salah. Namun pada hari april fool ini, kita dapati pelbagai gurauan melampau dan malah ada yang sampai menimbulkan dendam dan sebagainya. Perkara inilah yang perlu kita titik beratkan dan perhatikan.

Persoalan utama sekali wajarkah kita sebagai seorang muslim menjadi antara mereka yang merayakan april fool ini? Adakah april fool ini satu hari dimana manusia yang kononnya bijak pandai akan menjadi hamba nafsu dan syaitan?

Fatwa-fatwa ke atas April Fool

Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam memberikan amaran ke atas perbuatan menipu dengan tujuan menghiburkan manusia. Baginda sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Kecelakaan ke atas sesiapa yang menipu untuk menghiburkan manusia, kecelakaan ke atasnya, kecelakaan ke atasnya.” [HR Abu Daud, at-Tirmizi, dan an-Nasai’e]

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam juga bersabda: “Seseorang itu tidak dikira benar-benar beriman hinggalah dia meninggalkan penipuan yang bertujuan untuk bergurau dan meninggalkan berdebat walaupun dia membawa kebenaran”. [HR Ahmad dan At-Thabrani].

Sebahagian hadis Nabi sallallahu alaihi wassalam turut memberikan amaran ke atas umat Islam daripada menakutkan orang lain sama ada secara serius mahupun bergurau. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tidak dibenarkan seseorang menakutkan seorang Muslim.” [HR Abu Daud]

Oleh kerana itu, menipu adalah dilarang di dalam apa bentukpun. Sambutan ini (hari April Fool) adalah dilarang kerana empat sebab:

1. Larangan menipu yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah.

2. Kesedihan dan ketakutan yang tidak berasas (yang disebabkan penipuan itu) yang mungkin boleh menimpa seseorang mahupun kesemua ahli keluarganya walaupun hanya untuk satu jam.

3. Pengkhianatan ke atas kepercayaan yang diberikan.

4. Meniru budaya buruk yang bukan milik kita, iaitu penipuan.

Shaikh Atiyyah Saqr pula menyatakan:

Adalah menjadi kesepakatan kesemua agama dan akal yang waras bahawa kejujuran itu satu kebaikan, dan penipuan adalah lawannya. Untuk menyatakan kebenaran, kata-katamu hendaklah menerangkan realiti, sedangkan untuk menyatakan penipuan adalah dengan menyampaikan apa yang bercanggah dengan apa yang kamu katakan mahupun lakukan. Seburuk-buruk pendustaan adalah sumpah yang palsu, bahkan itu adalah satu bentuk kemunafikan.

Penipuan adalah dilarang kecuali ia dilakukan dalam keadaan dharurat. Di dalam kes tersebut, kaedah “dharurat menjadikan yang haram harus” digunakan. Dharurat hanya boleh diambil apabila tiada pilihan lain. Salah satu bentuk penipuan yang dibenarkan ialah apa yang kita panggil sebagai helah, iaitu menggunakan perkataan yang membawa lebih daripada satu maksud. Umat Islam mungkin boleh mengambil pemahaman yang positif daripada penafsiran perkataan (yang mempunyai dua makna) tersebut.

Diriwayatkan bahawa penipuan dibenarkan untuk memberikan manfaat, bukan untuk melakukan kerosakan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Seseorang yang mendamaikan di antara dua insan dan berkata perkara yang baik, walaupun ia tidak benar, bukanlah seorang penipu.” [HR al-Bukhari dan Muslim].

Ummu Kalsum binti ‘Uqbah turut berkata, di dalam tambahan lafaz ke atas hadis itu, “Aku tidak pernah mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam membenarkan menipu kecuali di dalam tiga situasi; ketika perang, untuk mendamaikan di antara dua pihak yang bertelagah, dan perbualan biasa antara suami isteri.” Apa yang dimaksudkan dengan perbualan biasa antara suami isteri ialah untuk meredakan kesusahan di dalam kehidupan. [Islamonline.net]

Di dalam laman islamqa.com fatwa nombor: 10834

Shaikh Shalih Fauzan menyatakan:

Penipuan adalah tidak dibenarkan langsung, pada bila-bila masa sahaja. Bahkan adalah tidak dibenarkan untuk meniru orang kafir dan menjadi seperti mereka, sama ada pada hari ini (hari April Fool), mahupun pada hari-hari yang lain. Ini kerana Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia sebahagian daripada mereka.”

Berdasarkan fatwa-fatwa di atas, kita akan mendapati bahawa budaya April Fool jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menuntut umat Islam sentiasa bersifat jujur.

Sumber : Ar-Rifke

MTAQ ..

Salam semua.. Wahh.. penat betul aku hari nie.. ehehe.. sorry, lupa nak bagitau kat blog aku.. :) sebenarnya, minggu nie ada satu majlis terbesar yang diadakan di sekolah aku.. iaitu MTAQ (Majlis Tadarus Al-Quran) peringkat daerah baram.. so,sekolah aku dipilh sebagai penganjur .. apa lagi, khidmat kami2 nie yang diperlukan.. ^^ punyalah banyak tugas nak dibuat.. semuanya buat aku jadi bingung.. =.=

Dari hari Jumaat pagi, aku menolong menghias backdrop stage kat dewan sekolah.. ^^ kesian juga, tengok kawan perlukan pertolongan.. dah tu, cg aku pula nakkan khidmat kami untuk buat banner bagi minggu bahasa untuk next week.. aihh.. lagi buat kami spoil..

Ok.. Jadi, aku sempat juga tolong buat acuan perkataan tu.. adehh.. memang kelam kabut juga... ^^ k.. petang jumaat tu, aku sempat datang ke sekolah tolong cg2 lha.. lepas tu, aku sempat tolong kat bilik PA system.. ^^

Pagi nie, aku mengenakan baju kurung berwarna hijau.. hehehe... tiba aku di sekolah, semua tengok aku.. Errkk, pesal pulak nie??? huhuhuhu... aku terus menuju ke bilik mesyuarat.. kemudian, aku cakap "bagus keluar jer.. " kat kawan aku.. Dia angguk kepala... Kebetulan line clear.. Kitaorang pn keluar dengan senyap.. tetiba : "Haa.. Kat sini korang rupanya.. meh tolong cg.. " Aduhh.. Hancus2... Baru nak berniat pergi ke dewan, dah d suruh buat kerja.. Rupa2nya, cg tu suruh aku n kawan aku jadi juri penjaga masa bagi tilawah.. wow... seumur hidup aku, ini first time tau.. huhuhu.. xpe lha, dapat juga pengalaman..

Yang best, lepas jadi juri.. Aku pergi ke dewan.. kebetulan, aku terserempak dengan cg aku.. dia slumber cakap : "sorang macam YUNA.. sorang lagi cam NAJWA.. yang nie pulak (ditujukan kat aku) cam ANA RAFFALI.. " cheh.. cg nie.. saja jer nak sakitkan hati...hehehe.. aku toleh kiri.. woww... sorang lelaki.. pergghh.. memang class.. pakej ok.. wakaka.. bukan nak menggatai k.. :p

Ok.. Pastu, upacara penutupan.. Ada persembahan nasyid dari sekolah.. pulang tu,aku masih terserempak dia lagi.. warrgghhh... nak gila jer aku nie... hehehe... control jer lha...

nie photo :


Sunday 25 March 2012

Patutkah aku maafkan dia???

Salam semua.. Hari minggu nie sudah pasti nak siapkan diri dengan kerja2 yang tergendala.. Al maklumlah, esok kan semua nak pergi bekerja seperti biasa.. Macam aku pulak, sibuk nak updatekan aku punya note nie.. Ampeh tul.. tetiba jer cg aku nak tengok nota.. kelam kabut aku mengemis minta nota kat kawan.. alahai..

Oh yer.. Tadi aku log in FB aku.. ye lar. Saja2 jer nak tengok sape yang LIKE status aku kat FB.. hehehe.. ^^
Tetiba ada seorang hamba Allah nie .. (tak nak mention nama dia lha..) minta maaf kat aku.. Aku terkejut lha.. Selama nie aku langsung tak pedulikan dia.. Lagipun, dia dah buat aku merana n terluka dengan kata2 dia.. Kutuk aku, malukan aku.. Siapa tak sedih kan??

Walaupun kisah tu dah berlaku 2 tahun lalu, namun masih segar diingatan aku.. Tak mungkin aku lupakan bagaimana dia dah buat aku merana.. Hanya Allah tahu semuanya.. Aku kehilangan hampir semua rakan aku.. Aku dimalukan oleh kawan aku sendiri .. Tak cukup tu, aku dilabel "PERAMPAS" , "SYOK SENDIRI".. Aku bergaduh di sekolah demi mempertahankan maruah aku.. Aku bersabar dengan dugaan yang diberi.. Tiada siapa yang bantu aku pada masa itu..Hanya kawan baikku, adik angkat aku.. Mak angkat aku yang faham dan bantu aku.. Memang penuh duka dan tangisan.. Aku berdoa supaya aku diberi ketabahan dan kembalikan maruah aku yang bersih itu..

Namun, Allah maha pengasih pada hambaNya.. Akhirnya doaku dimakbulkan.. Aku diterima kawan2ku semula.. Aku dapat tersenyum semula.. Aku dapat segala2nya.. Biarpun aku belum dapat cinta aku yang aku kasih itu, namun aku redha jua.. Mungkin Allah memberikan yang lebih baik dari dia yang aku cinta..

Tapi.. mestikah aku maafkan dia?? aku bingung memikirkannya.. Berat rasa hati ini memaafkan dia.. Ya Allah .. Bantulah aku .. :'(

## dia adalah GF kepada orang yang aku sayang tu.. derr.. ##